Zambry tidak maki hamun pembangkang sejak jadi MB

Menteri Besar Perak Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang cukup sensitif kepada mana-mana kaum di negeri Perak dalam tempoh selama 9 tahun menjadi Menteri Besar.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri menjelaskan  ini kerana beliau mahu semua rakyat di negeri ini hidup dalam keadaan aman dan berjaya.

Katanya, BN tidak bermain politik yang keterlaluan memaki hamun kerana itu bukan cara BN.

``Saya tidak main politik memaki hamun, kata orang ini, masyarakat itu tak elok,  selama 9 tahun dah jadi Menteri Besar saya tak keluar kenyataan yang cukup sensitif kepada mana-mana kaum dalam Malaysia dan dalam negeri Perak.

``Kerana apa? saya mahu semua orang dalam negeri Perak, semua rakyat hidup dalam keadaan aman dan berjaya.

``Kita biarkan poltik yang maki hamun ini, saya percaya rakyat tidak akan selamanya percayakan cara ini, saya tidak suka kalau ada seorang ahli politik..dia kerja dia dok maki orang sahaja, orang pun ada perasaan,’’ katanya semasa berucap di Majlis Perayaan Tahun Baru Cina Parti Gerakan Rakyat Malaysia Peringkat Negeri Perak di Arena Sungai Siput  pada Selasa.

Dr Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Perak seterusnya mahu pimpinan dalam komponen BN membawa imej yang baik dan penuh kasih sayang apabila mendampingi rakyat walaupun ketika berada di kawasan pembangkang.

``Pimpinan BN …kita tidak bermain politik keterluan umpamanya apabila saya berada  hari ini di kawasan pembangkang (Sungai Siput) saya tidak menghentam…ini bukan cara BN.

``Sebagai ketua kerajaan negeri Perak, saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan, semua masyarakat dalam Parlimen Sungai Siput tak kira sokong ke tak sokong ke kita tetap ucapkan selamat keapda tuan-tuan dan puan-puan,’’ Kata Dr Zambry.

Dr Zambry berkata, walaupun sudah dua penggal kawasan Parlimen Sungai Siput tidak ditadbir  oleh kerajaan BN namun kerajaan tetap prihatin dengan kehidupan rakyat di kawasan ini.

``Walaupun sudah dua penggal kawasan kita (Sungai Siput) Kita tidak ditadbirkan oleh kerajaan BN tapi kita prihatin dengan kehidupan rakyat dikawsan ini.

``Sebab itu Datuk Zolkaply (Adun Lintang) dan pimpinan dalam Parlimen Sungai Siput ini apabila Timbalan Perdana Menteri datang satu hari ke Sungai Siput, saya masih ingat lagi bila kita membuat permohonan supaya sebuah arena yang terbuka dan cantik dapat dibina maka Timbalan Perdana Menteri meluluskan permohonan itu.’’katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana