Tolak Kerajaan Kleptokrasi DAP Pulau Pinang!!PH Lagi Kuat Main Wayang Politik

Dalam semua permasalahan yang berlaku di Pulau Pinang, kejadian banjir kilat adalah antara bukti bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang bukanlah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

Semua ini dibangkitkan kerana perbandingan yang dibuat antara janji dan kerja buat kerajaan DAP Pulau Pinang terlalu berbeza. Jika kita mengambil setiap ungkapan yang dicanangkan oleh mereka sudah pastilah masalah banjir kilat yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda tidak akan lagi berlaku.

Namun semua yang diungkapkan sebelum ini hanyalah cakap-cakap besar pemimpin DAP kononnya mampu menyelesaikan permasalahan banjir dalam tempoh waktu tertentu sedang hakikatnya mereka tidak pernah mengambil serius dan gagal sama sekali merencanakan pelan tindakan mengatasi masalah yang wujud.

Tidak cukup dengan itu cakap besar kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang punya kedudukan kewangan yang kukuh bolehlah kita anggap sebagai satu lawak sarkas memandangkan ketua menterinya masih lagi memohon bantuan daripada kerajaan pusat.

Tanpa menafikan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan pusat kepada Pulau Pinang, Lim Guan Eng seharusnya berasa malu dengan diri sendiri kerana masih lagi bersikap kebudak-budakkan dengan pelbagai putar belit politiknya seolah-olah rakyat Pulau Pinang pekak dan buta.

Ramai penduduk Pulau Pinang hari ini mempersoalkan tentang keupayaan kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya berkenaan kewangan kerana masih lagi mengharapkan bantuan kerajaan pusat untuk menangani permasalahan banjir seperti mana yang berlaku pada 2017 yang lalu.

Kemana perginya duit kerajaan negeri yang dilalakkan oleh pemimpin DAP sebelum itu ?

Kelemahan demi kelemahan sudah pun dipertontonkan kepada umum dan hari ini semua tindakan politik mereka yang sering menyerang kerajaan pusat berbalik kepada diri sendiri.

Sehingga artikel ini ditulis, sudah ada bunyi-bunyi bahawa terdapat pemimpin DAP sendiri yang kini bimbang untuk berdepan PRU14.

Tidak dinafikan DAP Pulau Pinang punya kerusi selamat dibeberapa kawasan namun realitinya mereka sendiri sudah tidak lagi dapat membaca corak pengundi khususnya orang-orang cina memandangkan terlalu banyak kesilapan dan kelemahan yang telah dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu.

Seperkara yang perlu diamati oleh seluruh rakyat Pulau Pinang adalah keuntungan yang bakal terus diraih oleh sekumpulan pemimpin DAP dan kalangan mereka yang terlibat dalam Pakatan Haprak sekiranya kuasa pentadbiran terus diserahkan kepada mereka pada PRU14 nanti.

Buat penilaian yang sewajarnya kerana apa yang telah didedahkan sebelum ini jelas memperlihatkan kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang yang kita yakin menguntungkan segelintir daripada mereka manakala rakyat terus sengsara.

Bukan itu sahaja, hari ini kerana rakus dan kesombongan pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang sudah ada nyawa yang melayang sama ada dalam insiden banjir kilat mahupun kejadian tanah runtuh.Kemudian para nelayan pesisir pantai terkesan akibat penambakan laut yang diberitakan sudah ada yang melebihi tahap yang dibenarkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana