Tiong Lai sedia hadapi Kit Siang di Bentong...Kaum Cina Wajib Sedar Siapa Lim Kit Siang

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersedia hadapi Penasihat DAP, Lim Kit Siang jika benar ahli Parlimen Gelang Patah itu berhajat bertanding di kerusi Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Liow berkata sebagai wakil rakyat yang sudah melakukan tugas dengan cemerlang di kawasan itu sejak 1999, beliau yakin sokongan pengundi di kawasan itu tidak akan goyah daripada terus menyokongnya.

“Lim Kit Siang sebagaimana yang kita tahu dia memang gemar melompat dari satu tempat ke satu tempat lain… dulu di Pulau Pinang, kemudian ke Gelang Patah (Johor), semuanya tidak bertahan lama sebab dia tidak memberikan perkhidmatan dengan baik.

“…sebab itu kita tak peduli mana dia nak pergi, dia nak datang (bertanding)) di sini pun tidak mengapa. Kita sedia hadapi sesiapa jua yang datang ke Bentong kerana kita mempunyai rekod pencapaian baik.

“Bagi penduduk di sini, mereka tahu siapa wakil rakyat yang beri perkhidmatan dan kerja keras untuk mereka,” katanya 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana