Tabung ‘Tin Milo’ Parti Mahathir Ibarat Jutawan Minta Duit Rakyat Marhaen

Parti Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 14 Februari lalu melancarkan tabung derma ala ‘tin milo’ bagi mengutip dana politik untuk menggerakkan kerja-kerja kempen parti menjelang PRU14 akan datang.

Tabung berkenaan dilancarkan oleh presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama timbalannya merangkap anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Parti kita (PPBM) sepertimana yang disebutkan (Pengerusi) Tun Dr Mahathir adalah parti yang sangat miskin, tidak punya apa-apa. Kita tubuhkannya dengan sedaya usaha yang kita mampu tetapi ada masanya kita memohon sokongan dan kerjasama sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan keturunan.

“Tidak kira kecil atau besar, kita akan hargai agar supaya usaha (menggulingkan kerajaan BN) ini akan terus dapat kita lakukan,” kata Muhyiddin dalam ucapannya dalam sidang media memohon derma rakyat untuk PPBM.

Muhyiddin mungkin benar-benar miskin walaupun sebelum ini beliau dikatakan mendapat untung besar dalam kontrak rundingan terus projek 1BestariNet bernilai RM663 juta membekalkan perkhidmatan jalur lebar di sekolah seluruh negara ketika masih bergelar timbalan perdana menteri merangkap menteri pelajaran sebelum ini.

Tetapi, timbalannya, Mukhriz terbukti bukanlah calang-calang kaya dimana anaknya sahaja sudah memiliki bot peranginan mewah dinamakan sempena namanya sendiri.

Hal ini berikutan bekas Menteri Besar Kedah itu memiliki lebih 120 syarikat dimana beliau bertindak samaada sebagai pemegang saham ataupun pengarah syarikat adalah bukti ahli PPBM bukanlah miskin, sepertimna digambarkan oleh Muhyiddin.

Tambahan lagi, salah sebuah syarikat Mukhriz, Opcom Sdn Bhd telah dikurniakan kontrak rundingan terus bernilai RM214.2 juta bagi membekalkan gentian fiber kepada sebuah syarikat telekomunikasi tempatan diatas arahan bapanya, Dr Mahathir ketika masih bergelar Perdana Menteri sebelum ini.

Tidak terhenti setakat itu, Dr Mahathir yang memiliki 18 buah syarikat, pada 2011 dinilai memiliki aset berjumlah USD44 bilion atau RM132 bilion (nilai 2011), 22 kali ganda lebih kaya daripada bekas diktator Iraq, Saddam Hussein pada 2003.

Mempunyai lebih 40 ekor kuda ditempatkan di sebuah ladang di Langkawi, bekas perdana menteri itu juga sentiasa terbang menggunakan jet peribadi bagi menghadiri majlis-majlis dan ceramah anti-BN di seluruh negara.

Blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin juga pernah mendedahkan bahawa Dr Mahathir masih belum memulangkan aset UMNO bernilai RM100bilion yang diambilnya ketika melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003.

Dalam pada itu, Mirzan, seorang lagi anak Dr Mahathir juga pernah ditabalkan sebagai Melayu kedua terkaya Malaysia pada 2012 dengan nilai aset peribadinya RM4.2 bilion.

Pernah menyertai lembaga pengarah syarikat arak terbesar dunia, San Miguel dan syarikat perkapalan sendiri, harta Mirzan juga semakin bertambah selepas beliau menjual seluruh sahamnya dalam syarikat minyak dan gas, SapuraKencana pada 2014.

Pengerusi Gabungan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar menegaskan bahawa kemewahan Dr Mahathir dan ahli keluarganya langsung tidak menggambarkan parti berkenaan benar-benar dalam kesusahan sehingga memerlukan bantuan kewangan rakyat Malaysia.

“Mokhzani duduki tempat ke-34 terkaya bagi seluruh rakyat Malaysia dengan nilai harta AS$420 juta atau RM1.7 bilion. Ini tidak termasuk Mirzan yang juga bekas ahli lembaga pengarah kilang arak terbesar San Miguel di Filipina.

“Persoalan yang timbul sekarang sehingga menjadi perdebatan umum bagaimana anak-anak Mahathir boleh kaya sebegini,” tegasnya.

Ternyata keluarga Dr Mahathir memiliki kekayaan luar biasa dan bukanlah miskin sepertimana yang digambarkan oleh Muhyiddin.

Muhyiddin sewajarnya meminta dana daripada ahli keluarga Dr Mahathir untuk memenuhkan tabung PPBM dan bukannya meminta daripada rakyat yang dikatakan mereka selama ini; “terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.” – MalaysiaDigest

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana