Spin...spin..spin... Wee Ka Siong nafi ramal UMNO akan kalah

Putar jangan tak putar... itulah kisah terdesak pemimpin DAP selepas melihat riak sokongan masyarakat Cina kepada parti itu semakin menipis.

Yang terbaru menjadi mangsa adalah Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang didakwa seorang pemimpin DAP bahawa beliau meramalkan UMNO akan kalah pada PRU14.

Ka Siong yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, turut meminta akhbar harian berbahasa Mandarin (yang mengeluarkan artikel tersebut) untuk menyemak kembali rakaman wawancara dengannya dan membuat penjelasan segera.

“Sebenarnya saya beri wawancara dengan beberapa akhbar Cina sebelum Tahun Baru Cina. Dan soalan ditanya (oleh akhbar-akhbar itu) tidak banyak berbeza.

“Ia soalan berbentuk andaian. Saya ditanya apa akan jadi jika Tun Dr Mahathir tidak menang cukup kerusi.

“Dan saya kata semua kemungkinan boleh berlaku. Politik adalah seni segala kemungkinan. Tetapi saya tidak kata UMNO akan kalah,” katanya.

Ka Siong turut  menyifatkan pilihan raya umum akan datang sebagai referendum masyarakat Cina terhadap Mahathir untuk menyampaikan mesej “orang Cina tidak percaya beliau”, walaupun tempoh pentadbirannya dihadkan.

Ka Siong turut mendakwa wawancaranya dengan China Press diulas kembali di luar konteks demi kepentingan sesetengah pihak.

"Saya menafikan perkata tersebut (UMNO kalah) dan mendesak China Press serta Malaysiakini menyiarkan kembali wawancara itu secara penuh, termasuk soalan-soalan berbentuk andaian yang diajukan pada saya," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang berkata Ka Siong terperangkap dalam “kotak politik Cina” ketika masyarakat itu sudah menuntut Malaysia yang lebih baik untuk semua kaum.

Menurut Chin Tong, Ka Siong dalam wawancara bersama China Press berkata Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mungkin bekerjasama dengan “pembangkang terkuat” UMNO jika tidak cukup kerusi dalam kerajaan baru Pakatan Harapan (PH).

"Jika MCA tewas dan UMNO kekal berkuasa, DAP mungkin bekerjasama dengan UMNO dan menggantikan tempat MCA sebagai sekutu utamanya," katanya.

Sementara itu, Ka Siong turut menafikan bahawa beliau berkata sedia bertembung dengan Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang bagi merebut kerusi Ayer Hitam yang disandangnya.

"Saya tidak pernah menyebut nama Guan Eng dalam mana-mana sidang akhbar yang dilakukan.

"Saya cuma berkata, saya difahamkan DAP akan menghantar seorang wakil bertanding di Ayer Hitam. Saya tidak pasti siapa mereka maksudkan, tetapi pasti 'orang kuat' di dalam DAP hanyalah Lim Kit Siang dan anaknya.

"Kit Siang datang ke Ayer Hitam bulan lalu, tetapi tidak mengatakan bahawa mahu bertanding merebut kerusi ini," katanya.

Tambahnya, tidak kira siapa wakil DAP yang bakal dicalonkan, wakil Barisan Nasional sentiasa bersedia melawan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana