PAKATAN HARAPAN DIKUASAI DAP TIDAK KONSISTEN

Kepemimpinan Pakatan Harapan diketuai DAP bersikap tidak konsisten berhubung pelaburan dari China di negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pe­mimpin parti itu sering mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan tindakan masing-masing.

“Kita semua tahu mereka pakar pusingan U, kalau dahulu mereka sendiri yang menentang habis-habisan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tetapi hari ini ada yang mengaku ia bagus.

“Malah, pelaburan China di negara ini dan projek mega Forest City di Johor juga ditentang hebat oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Namun, kita tahu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Moha­med Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ke China bagi mempromosi pelabur datang ke negeri mereka,” kata­nya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena lawatan sehari ke beberapa rumah pemim­pin dan masyarakat Cina sempena Tahun Baharu Cina di sekitar Kota Bharu semalam.

Mohamed Azmin semalam mengalu-alukan pelaburan China sekali gus bertentangan dengan pendirian Dr. Mahathir yang lantang mengkritik pelaburan langsung asing dari negara itu.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, perubahan positif masyarakat Cina dapat dirasakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2018 hari ini.

“Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih menceriakan dan memberi keyakinan kepada rak­yat kerana pertumbuhan ekonomi juga semakin kukuh,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana