Klip video Namewee…polis buka kertas siasatan

Penyanyi rap Namewee sudah tidak asing dengan kontroversi.Banyak aksinya di masa lampau yang cetuskan kemarahan.

Mungkin dia rasa boleh buat apa saja sesuka hati tanpa pedulikan perasaan orang lain.

Minggu lalu dia buat hal lagi.

Kali ini Namawee memuat naik klip video terbaharunya bersempena Tahun Baharu Cina bertajuk 'Like A Dog'.

Ia memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Ramai yang marah kerana menilai klip video berkenaan menggores sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ekoran itu pihak polis telah membuka kertas siasatan.

Hal ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada Ahad.

Beliau yang ditemui wartawan  selepas merasmikan Program Kembara Bermotosikal Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) bersempena Hari Polis ke-211, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Katanya PDRM bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat klip video kontroversi berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana