KEMANA PERGI 20 SEN CAJ PLASTIK DI SELANGOR?, TANYA NGO

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) menyifatkan kempen bebas plastik di negara ini gagal.

Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata masih ramai pengguna menggunakan plastik selain para peniaga turut menawarkan beg plastik.

Tegasnya, jika mahu inisiatif itu berjaya, kilang-kilang plastik perlu ditutup.

“Kita tengok tak berapa berjaya sangat kerana masih lagi ramai yang pakai beg plastik.

“Kalau betul-betul kita nak larang penggunaan plastik, kita sepatutnya tutup sahaja kilang-kilang yang menghasilkan plastik.

“Selain itu, kalau kutip 20 sen pula, bagi sesetengah orang, mereka tidak endahkan langsung kerana bagi mereka murah sahaja,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI semalam.

Malah, beliau turut mempersoal ke mana perginya hasil kutipan 20 sen yang dicaj peniaga kepada pengguna bagi satu beg plastik.

Beliau pada masa sama akui tidak menerima satu sen daripada mana-mana syarikat yang mendakwa akan menyumbangkan wang kutipan beg plastik kepada badan-badan bukan kerajaan serta aktivis alam sekitar.

“Kami tidak pernah menerima apa-apa duit daripada 20 sen itu kerana mungkin duit itu masuk balik ke syarikat atau poket sesiapa. Itu kami tidak tahu kerana ia tidak pernah beritahu ke mana duit 20 sen itu pergi.

“Bayangkan sekiranya mereka (peniaga) dapat kutip 20 sen daripada 1,000 beg plastik, mereka dapat RM200. Itu baru satu hari untuk satu pasaraya, kalau sebulan?

“Kita tidak tahu mana duit itu pergi. Bagi saya, saya tidak setuju langsung dan kita tukarlah cara lain untuk tidak menggunakan plastik lagi,” jelasnya.

Beberapa negeri telah memulakan inisiatif tanpa beg plastik seperti di Selangor, Perak dan Melaka sejak beberapa tahun lalu secara berperingkat.

Malah, kerajaan negeri Selangor telah mengutip RM1.87 juta daripada orang ramai menerusi caj 20 sen bagi setiap beg plastik sejak melaksanakan kempen ‘Bebas Beg Plastik’ bermula 1 Januari hingga 31 Mei 2017. – Awani

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana