Betulkah Lim Kit Siang Bukan Anti Islam Dan Dan Anti Melayu?

Di dalam kenyataan media beliau bertarikh 19/02/2018, Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, sekali lagi mengulangi kenyataan-kenyataan media yang telah beliau buat sebelum ini dengan menyatakan bahawa beliau dan DAP bukanlah seorang pemimpin dan sebuah parti politik yang bersifat anti-Melayu dan anti-Islam.

Lim Kit Siang berkata, kempen DAP bersifat anti-Melayu dan anti-Islam ini kononnya adalah maklumat palsu dan berita palsu paling memalukan pernah dicipta di dalam sejarah politik Malaysia, sambil menambah bahawa DAP memperjuangkan hak dan kepentingan semua kaum dan agama sejak ia ditubuhkan pada tahun 1966.

Sebenarnya bukanlah susah untuk menafikan kenyataan Lim Kit Siang bahawa beliau dan DAP bukanlah bersifat anti-Melayu dan anti-Islam serta bahawa DAP memperjuangkan hak dan kepentingan semua kaum dan agama sejak ia ditubuhkan pada tahun 1966 kerana dakwaan begini sudah tercatat secara rasmi dalam rekod kerajaan.

Pada 11/07/1969, Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai enam asas penahanan di bawah Seksyen 11(2)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Lim Kit Siang, yang pada waktu itu adalah Setiausaha Organisasi DAP merangkap Ahli Parlimen Bandar Melaka.

Di dalam kenyataan ini disebut dengan secara spesifik ucapan-ucapan Lim Kit Siang yang membakar perasaan perkauman serta mewujudkan ketegangan, kebencian, permusuhan, ketidakpercayaan dan ketidakharmonian antara kaum serta yang mencetuskan perasaan anti-Melayu dan anti-Islam di kalangan rakyat Malaysia.

Asas pertama, pada 27/07/1968, di satu ceramah umum DAP di Tanjong Malim, Perak, beliau telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa 'dasar pelajaran Kerajaan adalah dirangka untuk mencapai penghapusan akhbar-akhbar Cina, sekolah-sekolah Cina dan bahasa-bahasa Cina.'

Asas kedua, pada 24/08/1968, di satu ceramah umum DAP di Slim River, Perak, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa 'satu poster pelancongan dengan kata-kata Melayu "cakaplah bahasa kebangsaan sahaja" jelas menggambarkan dasar satu bahasa kerajaan dan bahawa pengalihbahasaan filem-filem televisyen Inggeris, Cina dan Tamil dengan Melayu adalah tidak adil kepada kaum-kaum lain kerana bahasa-bahasa mereka tidak diberikan status sama.'

Asas ketiga, pada 07/09/1968, di satu ceramah umum DAP di Batu 24, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, dan pada 21 September 1968, di Kampung Baru Sungei Way, Selangor, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa "MCA membantu kerajaan menindas bahasa Cina seperti terbukti oleh ketidakpengiktirafan terhadap projek Universiti Nanyang."

Asas keempat, pada 29/09/1968, di satu ceramah umum DAP di Batu Pahat, Johor, pada 2 November 1968, di Lawan Kuda Bahru, Gopeng, Perak, dan pada 26 Januari 1969, di Jalan Yow, Pudu, Kuala Lumpur, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa "dasar Perikatan adalah 'dasar perkauman' kerana Perikatan telah memberikan lebih banyak keistimewaan kepada golongan Bumiputera dalam pelajaran universiti dan bahawa terdapat warganegara kelas pertama dan warganegara kelas kedua, golongan Bumiputera merupakan warganegara kelas pertama, dan bahawa kurniaan-kurniaan pingat seperti P.P.M. tidak membawa apa-apa nilai kerana ia diberikan kepada orang-orang di jalanan dan bahawa P.P.M. membawa makna 'Pelan Pelan Mati.'

Asas kelima, pada 12/02/1969, di satu ceramah umum DAP di Jalan Lengkongan Brunei, Kuala Lumpur, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa Kerajaan melakukan diskriminasi antara pelbagai kaum dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Malaya, dalam pekerjaan dan dalam pengagihan tanah dan bahawa kedudukan istimewa diberikan kepada orang-orang Melayu.

Asas keenam, pada 13/05/1969, di satu ceramah umum DAP di Kampong Ayer, Kota Kinabalu, Sabah, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa Kerajaan sedang cuba mewujudkan satu Malaysia Melayu dengan membahagikan rakyat kepada golongan Bumiputera dan golongan bukan Bumiputera, bahawa orang-orang Melayu adalah golongan Bumiputera kelas pertama dan bahawa kerajaan sedang melaksanakan satu dasar Me-Malaysia-kan Sabah di mana semua jawatan tertinggi dipegang oleh orang-orang Melayu.

Lim Kit Siang juga telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa Kerajaan sedang melaksanakan dasar pengeksploitasian oleh orang-orang Melayu ke atas kaum-kaum lain dan bahawa kerajaan dengan melangsungkan Persidangan Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur bercadang untuk menghantar warganegara-warganegara Malaysia untuk mati di Timur Tengah bagi menawan Jerusalem untuk Dunia Islam.

Kesimpulannya, apabila Lim Kit Siang sendiri pernah ditahan di bawah ISA kerana sifat anti-Melayu dan anti-Islam beliau, maka tidak betullah dakwaan beliau bahawa beliau dan DAP bukanlah bersifat anti-Melayu dan anti-Islam serta bahawa DAP memperjuangkan hak dan kepentingan semua kaum dan agama sejak ia ditubuhkan pada tahun 1966.

Kedua, Ketua Penerangan UMNO, TS Annuar Musa, pada 21/02/2017, turut pernah diugut untuk diambil tindakan undang-undang kerana menyebut bahawa DAP anti-Melayu dan anti-Islam. Namun, sehingga ke hari ini ugutan ini tidak pernah dikotakan oleh Lim Kit Siang, malah TS Annuar sejak itu lebih lantang bersuara pula.

(Kredit dari artikel Dr Kamarul Zaman Yusoff)

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana