4G DI MALAYSIA LEMBAP? VIETNAM LEBIH LAJU

Rangkaian 4G di Malaysia di antara paling lambat dalam 88 buah negara yang menyertai kajian.

Kajian yang dijalankan Open Signal, sebuah firma dari United Kingdom mendapati purata kelajuan 4G di Malaysia tahun lalu ialah 14.83 Mbps.

Hasil kajian itu menunjukkan Malaysia berada dalam kelompok 20 paling bawah yang menyertai kajian itu.

Perkhidmatan 4G di Malaysia sudah bertapak lima tahun lalu, menjanjikan kelajuan 100 Mbps namun masih belum cukup membanggakan.

Purata kelajuan 4G Vietnam ialah 21.49 Mbps, Brunei (17.48 Mbps) dan Myanmar (15.56 Mbps).

Walau berada di belakang negara berkenaan, kelajuan 4G Malaysia meningkat berbanding tahun lalu 14.35 Mbps.

Singapura berada di kedudukan teratas dengan 44.32 Mbps diikuti Belanda (42.12 Mbps), Norway (41.2 Mbps) dan Korea Selatan (40.44 Mbps).

Tiga negara Asia Tenggara lain yang mencatatkan prestasi buruk ialah Thailand, Filipina dan Indonesia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana