Tindakan Mahfuz langgar tertib orang Melayu - Pemangku raja Pahang

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa murkanya terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dengan sengaja memperlekeh dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Baginda yang dilaporkan Utusan Malaysia, menyifatkan tindakan itu melanggar ketertiban sebagai seorang yang lebih muda tambahan pula individu yang dimaksudkan adalah seorang raja.

"Sebagai orang Melayu, kita diasuh menghormati orang tua. Ayahanda saya lebih tua dari beliau dan seorang raja, jangan (bercakap) tidak bertempat.

"Saya juga amat marah, tersinggung kerana (penyebaran) video berkenaan yang diambil oleh pihak istana sendiri. Saya akan ambil tindakan," titah baginda selepas berangkat mencemar duli melawat mangsa kebakaran di Sungai Isap 2 di sini hari ini.

Tengku Abdullah bertitah, baginda percaya kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen itu sudah dibuka oleh pihak berkuasa selepas banyak laporan polis dibuat.

"Saya serah kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan, sebab sudah banyak laporan polis sudah dibuat sama ada daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak istana," titah baginda.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Ketua Pemuda Umno Pahang, Shahar Abdullah menggesa Mahfuz membuat permohonan maaf kepada Sultan Ahmad Shah secara terbuka atas tindakannya yang dangkal itu.

Shahar turut mengatakan dirinya cetek akal dan tidak menghormati institusi Diraja negara ini.

Susulan itu, Mahfuz mempertahankan tindakannya dan enggan memohon maaf berikutan kenyataannya dalam ceramah berkenaan tidak langsung menghina Sultan Pahang.

Sebaliknya Mahfuz berkata, mesej yang cuba disampaikan melalui ceramah itu ialah tiada isu jika Tun Mahathir menjadi calon Perdana Menteri.

Sebelum ini Mahfuz mengulas kewajaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun dipilih sebagai calon Perdana Menteri oleh PH dan membandingkannya dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal sebagai Sultan Pahang walaupun sedang gering.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana