SPR Sahkan Pembangkang Bohong Isu Pengundi Tentera

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah menerima sebarang permohonan baru daripada pihak tentera untuk mendaftarkan anggota mereka sebagai pemilih di Kem Paloh, Johor.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah malah mengesahkan tidak pernah menerima permohonan membuka lokaliti baru di kem itu dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi Suku Keempat Tahun 2017.

“Ini berikutan dakwaan pihak tertentu yang kononnya wujud pemilih baru dikalangan anggota tentera dan pasangan mereka didaftarkan di Kem Paloh yang dipindahkan dari Kem Mahkota dalam Parlimen Sembrong.

“Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan pihak yang berkepentingan boleh membuat semakan pada Rang DPT bagi Suku Keempat Tahun 2017 yang sedang dipamerkan bermula pada 17 Januari hingga 30 Januari 2018 di tempat-tempat pameran yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, DAP selaku ketua Pakatan Harapan Johor turut menyebarkan dakyah berlaku perpindahan pendaftaran pengundi di kerusi Sembrong yang disandang Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Berikutan itu, Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Onn Hafiz meminta pemimpin Pakatan Harapan terbabit berhubung dengannya bagi mendapatkan penjelasan, namun pelawaan itu tidak dijawab.

Pemimpin Pakatan Harapan Johor juga enggan membuat semakan dengan pihak SPR apabila disaran berbuat demikian bagi mendapatkan kebenaran tentang dakwaan yang mereka bangkitkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana