Siapa calon PM PAS tak penting, ahli majlis Syura Ulama

SHAH ALAM: PAS tidak akan melayan 'cadangan' Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan parti itu untuk mengumumkan siapa calon perdana menteri mereka, demikian tegas ahli majlis Syura Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

Walaupun begitu katanya, PAS mempunyai ramai calon perdana menteri yang boleh diketengahkan untuk menjawat jawatan tertinggi negara itu mengikut ciri-ciri serta sifat berteraskan Islam yang menjadi pegangan kepada parti itu.

"Kita tidak akan mengumumkan siapa (calon perdana menteri), kita hanya memberitahu sifat-sifat dan ciri-ciri, yang penting sifat-sifat itu mesti dipenuhi.

"Kita tidak akan mengumumkan siapa orangnya tetapi boleh dimaklumkan dengan sifat-sifat yang kita berikan.

00:42--1:06
"PAS meletakkan Islam sebagai asas dalam pentadbiran, maka calon perdana menteri PAS adalah mereka yang memahami Islam, yang beriman kepada Allah, soleh, amanah, yang bertaqwa kepada Allah dan boleh diterima oleh masyarakat Islam dan orang pelbagai kaum, itu adalah calon PAS," katanya kepada Antarapos.

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM meminta PAS untuk mengumumkan siapa calon perdana menteri bagi parti itu.

Malah tidak cukup dengan itu, mantan perdana menteri itu juga mahukan PAS untuk memilih siapa calon perdana menteri yang disokong oleh mereka, sama ada calon daripada PH iaitu dirinya sendiri ataupun Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas perkara itu, Khairuddin yang juga AJK PAS Pusat mempersoalkan apakah hak pemimpin itu untuk meminta PAS memilih siapa yang disokong oleh mereka.

Ujarnya, pandangan Dr Mahathir itu sama sekali tidak penting malah memaklumkan prinsip PAS selama ini adalah untuk memperjuangkan Islam di negara ini dan bukannya hanya fokus kepada mahukan jawatan perdana menteri itu sahaja.

"Siapa Dr Mahathir untuk mengarahkan kita memilih? PAS berkempen mengajak rakyat memberikan kuasa kepada Islam dan mengajak rakyat untuk berikan peluang kepada PAS untuk memimpin Malaysia dan selamatkan negara dengan Islam, dengan prinsip-prinsip Islam.

"Bagi saya tidak penting pandangan Dr Mahathir, yang penting pandangan rakyat," katanya lagi.

Sehingga kini, hanya PAS sahaja yang masih merahsiakan siapakah calon perdana menteri bagi parti itu sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya.

PH pula baru sahaja mengumumkan calon perdana menteri mereka pada 7 Januari lalu dengan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim dan Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.

Manakala Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula hanya akan menjadi perdana menteri selepas dibebaskan daripada penjara dan mendapat pengampunan Yang Di-Pertuan Agung.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana