PKR Selangor sekat Himpunan Fastaqim 2.4 anjuran PAS?

SHAH ALAM: Kerajaan negeri pimpinan PKR dilaporkan menyekat program Himpunan Fastaqim 2.4 anjuran PAS apabila tidak membenarkan acara itu diadakan Stadium Tertutup Kuala Selangor, Ahad ini.

Memetik laporan Utusan Online, perkara itu disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS negeri, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Menurut Roslan Shahir, pihaknya menerima makluman daripada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) kelmarin atas alasan stadium tersebut akan digunakan untuk acara lain.

Katanya, berdasarkan atur cara dirangka pihaknya, program itu dijadual dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan turut melancarkan jentera pilihan raya PAS peringkat negeri untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Itulah keputusan yang kami terima daripada MDKS.

"Alasan yang diberikan ialah ada acara lain yang akan digunakan di stadium berkenaan pada Ahad ini," katanya dipetik akhbar itu.

Justeru menurut Roslan Shahir, pihaknya ketika ini sedang mengusahakan lokasi baru untuk penganjuran program berkenaan selain menyatakan sebarang perkembangan terbaru akan dimaklumkan esok.

Beliau bagaimanapun enggan membuat spekulasi sama ada keputusan MDKS itu mempunyai kaitan dengan pendirian politik terkini PAS Selangor yang akan meletakkan calon di 20 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN di negeri ini sekaligus menentang Pakatan Harapan (PH).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana