Penalti RM20 juta: PPBM tidak percaya calon wakil rakyat sendiri? soal Anina

KUALA LUMPUR: Cadangan PPBM untuk mengenakan penalti RM20 juta kepada wakil rakyatnya yang lompat  parti selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), menandakan budaya curiga yang amat menebal dalam parti itu.

Justeru bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin memberi amaran kepada rakyat agar berhati-hati memilih parti untuk diberi mandat pada pilihan raya akan datang.

"Kalau antara mereka pun tak boleh percaya antara satu sama lain, macam mana rakyat di luar nak percaya kepada mereka. Ini rakyat patut fikir, bolehkah kita memilih sebuah kerajaan yang antara mereka sendiri pun tak percaya antara satu sama lain. Indah khabar dari rupa," katanya kepada Antarapos.

Beberapa hari lalu Ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail berkata partinya sedang mengkaji rancangan membuat kontrak untuk mengikat calon mereka daripada melompat parti selepas menang pada PRU14.

Menurutnya, langkah itu juga boleh melindungi PH jika memenangi PRU14 kerana berkemungkinan ahli Parlimen PH ditawarkan wang untuk melompat parti.

Justeru katanya, PPBM bercadang mengenakan penalti RM20 juta kepada calon berkenaan.

Ujarnya lagi sekiranya diluluskan, PPBM akan mendapatkan nasihat peguamnya untuk menentukan sama ada jumlah itu munasabah. 

"Ini negara demokrasi dan anda buat satu perjanjian kalau langgar bai'ah (kena bayar) RM20 juta, ini mengarut, ini tak betul. Roh demokrasi itu bukan caranya, saya tak setuju," kata Anina lagi sambil menegaskan rakyat perlu memilih parti yang membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dilaporkan sebagai berkata, partinya juga sedia mempertimbangkan cadangan seumpama itu, namun menegaskan, perjanjian berkenaan berbeza dengan bai'ah yang diperkenalkan PAS.

Sementara itu PKR pula difahamkan mempunyai kontrak serupa yang perlu ditandatangani calonnya pada PRU 2013, di mana ahli yang melanggar kontrak mesti membayar sejumlah pampasan kepada parti.

Lafaz taklik bai'ah diwajibkan ke atas calon PAS di Kelantan pada pilihan raya umum yang antara lain mengkehendaki mereka yang memenangi kerusi kekal dengan parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana