Pelik Plak Dan Macam Macam Hal!!!! Suspek Dakwa Tak Sedar Zip Seluar Terbuka, ‘Burung Punai’ Terkeluar

Pengadu sudah menarik laporan polis namun, siasatan terhadap satu gangguan seksual di sebuah kedai pakaian di Bukit Sentosa diteruskan.

Memetik Sinar Harian, suspek kes berkenaan dipanggil untuk rakaman percakapan namun mendakwa tidak menyedari zip seluarnya terbuka ketika kejadian itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, mangsa (pengadu) membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa pada hari kejadian sebelum menarik balik atas alasan enggan memanjangkan kes berkenaan.

Menurutnya, namun kertas siasatan dibuka dan suspek turut membuat laporan polis selepas isteri suspek mengetahui kejadian tersebut yang diviralkan di laman sosial.

“Berdasarkan laporan dibuat mangsa, lelaki berkenaan datang ke kedai pakaian itu dan ketika mangsa hendak melayan sebagai pelanggan, dia ternampak zip seluar suspek terbuka dengan kemaluan di luar.

“Suspek beredar selepas ditegur oleh majikan mangsa manakala suspek yang turut membuat laporan polis, mendakwa tidak mengetahui zip seluarnya terbuka.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengeluarkan perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana