Minyak Murah Tapi!!!!!! Venezuela kini bergantung pada herba dan ubatan tradisional

VENEZUELA melancarkan kempen pelan kesihatan yang bergantung kepada herba dan perubatan tradisional.

Presiden Nicolas Maduro berkata "pelan kesihatan 100 peratus semulajadi" itu bertujuan untuk "menyelamatkan pengetahuan golongan wanita tua mengenai kesihatan yang bersejarah".

Venezuela yang kaya dengan hasil minyak dan dahulunya antara negara terkaya di Amerika Latin, kini mengalami kejatuhan ekonomi di bawah pentadbiran Maduro.

Kejatuhan harga minyak, protes yang mengorbankan nyawa dan rasuah ditambah dengan kekurangan makanan dan ubatan serta inflasi yang diramalkan IMF akan melebihi 2,300 peratus pada tahun ini.

Rakyat Venezuela mengadakan protes terhadap kekurangan barangan keperluan termasuk bekalan ubatan. Kesatuan perubatan negara itu menganggarkan bekalan ubatan akan mengalami kekurangan sebanyak 95 peratus.

Gabungan pertubuhan bagi hak kesihatan dan kehidupan mengecam "kekurangan berpanjangan" ubatan asas bagi merawat penyakit termasuk kegagalan buah pinggang, barah dan sklerosis berbilang.

Antibiotik dan ubat bagi mengawal tekanan darah juga mengalami kekurangan.

November lalu, pesakit-pesakit serta keluarga mereka berarak ke kedutaan Kanada, Costa Rica, Belanda dan Peru, memohon supaya menggesa Caracas menubuhkan "saluran bantuan kemanusiaan" bagi kemasukan bekalan ubatan ke Venezuela.

Pentadbiran Maduro bagaimanapun menafikan berlaku "krisis kemanusiaan" di negara itu dan menyalahkan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat yang menjejaskan pengimportan makanan dan ubatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana