MAHATHIR SEMAKIN MENUNJUKKAN BENCI KEPADA PAS

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menunjukkan kebencian terhadap PAS apabila tampil mencabar parti itu mengemukakan calon Perdana Menteri yang disokong mereka.

Beliau yang juga Pengerusi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, PAS perlu menyatakan pendirian sama ada parti itu menyokong beliau sebagai calon Perdana Menteri atau Datuk Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan, Tun Dr Mahathir sebelum ini menuduh PAS sebagai pengkhianat kerana memutuskan untuk bertanding sendirian di lebih 130 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

‘‘Kita nak tahu PAS nak tanding (PRU-14) siapa calon Perdana Menteri dia (PAS), dia nak calon Najib ke atau dia calon saya?

‘‘Kalau dia beritahu calon dia, saya ingat dia boleh menang,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, semalam.

Untuk rekod, selama menjadi Perdana Menteri dalam tempoh 22 tahun, PAS menjadi musuh politik utama Dr. Mahathir malah cubaan bekas Perdana Menteri itu untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS ditolak parti itu ekoran PPBM bersetuju bergandingan dengan DAP.

Selain itu, Dr. Mahathir juga berterusan mengkritik PAS apabila menuduh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sengaja mengkafirkan diri sendiri kerana bekerjasama dengan UMNO, satu amalan yang didakwanya bertentangan dengan Amanat Haji Hadi.

Sementara itu, menurut bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, meskipun Tun Dr. Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan, namun DAP diyakini tidak akan memberikan kerusi selamat mereka kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Jelasnya, kejujuran DAP untuk mengangkat Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri bergantung kepada kesanggupan mereka memberi kerusi selamat kepada bekas Perdana Menteri itu untuk bertanding dalam PRU-14 nanti.

‘‘Kerusi DAP adalah paling ‘selamat’ untuk Dr. Mahathir bertanding kerana ada soko­ngan kuat kaum Cina, jadi jika benar mereka mahu beliau jadi Perdana Menteri sekali lagi, mereka akan beri beliau kerusi DAP untuk bertanding.

‘‘Tetapi pada hemat saya, DAP memang tidak mahukan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan mereka hanya umumkan beliau sebagai Perdana Menteri sementara atas sebab taktikal untuk tarik undi,’’ katanya dipetik media tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana