Isu peruntukan wakil rakyat: Hadi nasihat Azmin

SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, diingatkan supaya tidak mencampur-adukkan isu politik dalam pentadbiran negeri yang mendapat mandat daripada rakyat.

Perkara itu dibangkitkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, susulan kenyataan Pesuruhjaya PAS Negeri, Sallehen Mukhyi, berhubung dakwaan pembekuan peruntukan wakil rakyat parti itu pada tahun ini berjumlah RM800,000.

"Sepatutnya kita (kerajaan negeri) mesti membezakan antara parti politik dengan kerajaan. Selepas pilihan raya, parti politik yang menang boleh membentuk kerajaan sendiri atau kerajaan.

"Bagaimanapun, jika berlaku sentimen politik dalam memerintah, ia adalah satu pendekatan yang salah. Selepas pilihan raya, kita mesti menganggap semua rakyat sama ada yang menyokong atau tidak menyokong kita sebagai tanggungjawab yang perlu diutamakan.

"Itu pendekatan yang sepatutnya kita gunakan, tidak ada diskriminasi dan tak ada pilih parti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Himpunan Fastaqim 2.4 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Selangor, di Seksyen 17, di sini, hari ini.

Abdul Hadi diminta mengulas isu peruntukan kepada wakil rakyat PAS di Selangor yang didakwa dibekukan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Sallehen menyatakan hasrat PAS Selangor mahu mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai jalan terakhir sekiranya kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin gagal menyelesaikan masalah pengagihan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat parti itu dengan segera.

Sallehen berkata, beliau menerima maklumat berkenaan pembekuan peruntukan itu daripada pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

Bagaimanapun, usaha menghadap Sultan Selangor itu hanya akan dilakukan selepas mendapat penjelasan daripada Mohamed Azmin terlebih dahulu.

Sementara itu, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata sebarang tindakan berhubung isu itu akan dilakukan Februari depan.

Katanya, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang makluman atau surat dari kerajaan negeri berhubung perkara itu.

"Selalunya, setiap tahun, peruntukan ini diberikan penghujung Januari. Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku sampai hujung bulan ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana