INILAH PENTING ADANYA GST...LAGI NAK TIPU!!!!! 5,000 SYARIKAT DIDAPATI TIPU ELAK GST

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengenal pasti 5,000 syarikat yang didapati menipu membuat tuntutan termasuk mengelak membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak sistem pencukaian itu dilaksanakan pada 2015.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, pihak terbabit merupakan sebahagian daripada 465,000 syarikat yang berdaftar di bawah GST dan memiliki keupayaan untuk membayar cukai tersebut.

Menurut beliau, kertas siasatan telah dibuka terhadap pihak terlibat mengikut Akta GST sebelum mereka dihadapkan ke mahkamah.

“Kita sebelum ini telah pun mengambil pendekatan dengan turun padang bertemu untuk memberi penerangan kepada syarikat-syarikat berhubung cara mengisi borang mengisytihar GST.

“Jika ada kesilapan, pihak kastam memberi khidmat nasihat. Namun jika masih berdegil dan menipu, tindakan tegas diambil menerusi peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan program Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia (KA1M) di sini, hari ini.

Pada masa sama, Subromaniam memaklumkan, JKDM menyasarkan pungutan GST sebanyak RM43 bilion pada tahun ini yang merupakan penambahan satu bilion berbanding kejayaan hasil kutipan 2017 iaitu RM42 bilion.

Menurut beliau, pungutan itu dijangka melebihi daripada sasaran ditetapkan menerusi pelbagai perancangan yang bakal dilaksanakan pihaknya bagi meningkatkan kutipan GST.

Beliau juga meminta sesetengah pihak supaya tidak mempolitikkan pelaksanaan GST memandangkan kaedah pencukaian itu telah menyumbang kepada pendapatan negara.

“Apabila hasil negara bertambah, akhirnya rakyat akan mendapat manfaat apabila kerajaan menyalurkan semuanya menerusi pelbagai inisiatif dan program pembangunan.

“Jika GST gagal, mana mungkin negara lain juga melaksanakan cukai ini dan terbaharu, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut memperkenal sistem ini,” katanya.

Sementara itu, KA1M yang disertai 6,255 peserta di 10 lokasi seluruh negara mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai program kayuhan amal terbesar secara serentak di seluruh negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana