Fitnah media sosial... rumah Kor Ming diserbu SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM nampaknya mengotakan janji menyiasat dan bertindak tegas tanpa memilih bulu jika mereka merasakan berlaku perlanggaran akta atau dengan lain perkataan pihak tertentu melakukan kesalahan.

Petang Khamis SKMM menyerbu tiga buah premis di tiga lokasi berlainan yang berkait dengan Pengerusi DAP negeri, yang juga Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, mulai diperbualkan.

Untuk rekod, tiga premis berkait rapat dengan Kor Ming yang masing-masing terletak di Ipoh, Ayer Tawar dan Taiping diserbu oleh para pegawai SKMM dengan dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontingen Perak.

Beliau kini disiasat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Isu beliau disiasat  ada kaitan penyebaran sesuatu bahan menerusi media sosial. Tetapi Kor Ming ditanya media enggan jelaskan.

Dalam serbuan berkenaan, beberapa barangan milik ahli parlimen DAP itu seperti telefon bimbit dan computer riba dirampas. Juga difahamkan beliau sebelumnya memberi keterangan dibalai polis Sungai Senam sekitar jam 5.30 petang, pada ketika di luar hujan turun dengan lebat.

Beberapa batang jalan di sekitar bandaraya Ipoh dinaiki air mengakibatkan kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi waku itu ialah waktu orang pulang dari tempat kerja.

Namun, dalam balai polis Sungai Senam, Kor Ming diminta menjawab pelbagai soalan. Seperti biasa media tunggu di luar menunggu kemunculan Kor Ming.

Kor Ming ketika mengulas isu sama berkata sebagai warganegara beliau mematuhi undang-undang dan akan memberikan kerjasama kepada pihak berkenaan.

Tetapi beliau terkejut dengan serbuan dibuat SKMM.”Serbuan itu memeranjatkan apabila lebih 10 anggota datang ke rumah saya, ke pusat khidmat dan rumah ibubapa saya (di Ayer Tawar).”

Ditanya media mengenai punca serbuan itu, Kor Ming berkata: "Soalan itu lebih baik ditanya kepada SKMM."

SKMM dipercayai akan mengeluarkan kenyataan namun sehingga sekarang  belum ada sebarang kenyataan rasmi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana