Ezam Mohd Nor Pula Cuba Jadi Nakal, Ganggu Khalid Samad Di Shah Alam

Hasrat bekas Ketua AMK Keadilan, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor untuk bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam nampaknya menerima tentangan dari Pakatan Harapan (PH) kerana ia bakal menggagalkan pakatan untuk mengekalkan kerusi berkenaan. Paling marah dengan hasrat itu ialah Ahli Parlimennya dari PAN, Khalid Samad.

Ini kerana kerusi yang disandang oleh Khalid itu nampaknya begitu menjadi rebutan pemimpin dari PH dan dari luar. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan sudah berkira-kira mahu bertanding di sana dan ia mengundang rasa bimbang dalam Khalid yang mungkin tersingkir dari kerusi itu.

Tiba-tiba datang pula Ezam yang kini merupakan Pengerusi Hisbah Malaysia yang mahu bertanding di situ menjadikan kemungkinan pertandingan tiga penjuru berlaku di situ.

Dalam satu kenyataan di Facebooknya, menurut Setiausaha Hisbah Malaysia, Abdul Ghani Haroon, Ezam dikatakan mahu bertanding di kerusi Parlimen Pekan di Pahang yang disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasa mahu melawan rasuah.

Bagaimanapun, Ezam kecut dan takut kerana bakal kalah teruk kerana momentum sokongan kini begitu memihak kepada BN apatah lagi kepada Pengerusinya iaitu Najib. Ezam beri alasan kononnya ada pemindahan undi dan BN melakukan kecurangan dalam proses pilihan raya. Sudahnya, kerusi Khalid jadi mangsa.

Pemimpin dalam PH sudah mula menuduh Ezam sebagai duri dari UMNO dan BN untuk memecahbelahkan undi kepada PH di kawasan itu pada PRU14 nanti. Itu tidak benar kerana, beliau sendiri yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu.

Sebelum ini beliau dalam PKR, kemudian melompat ke dalam BN dan kemudian keluar parti sebelum masuk ke dalam PPBM hanya beberapa hari kemudian umum keluar parti sekali lagi.

Mesti ada perkara yang membuatkan Ezam marah di dalam pakatan membuatkan dia hadir dan hendak kacau di Shah Alam. Jika Khalid, Ezam dan Azmin kekal degil bertanding di situ, ia akan berlaku pertembungan empat penjuru melibatkan satu lagi calon BN. Penyokong pakatan sudah bimbang dan kata kalau ada lebih dua penjuru, BN akan menang.

Mereka suka dengar dan percaya apa yang pemimpin pembangkang cakap, padahal lebih majoriti kerusi dalam Parlimen iaitu 222 keseluruhannya yang ada pertandingan satu lawan satu, lebih banyak BN menang sampai mampu bentuk kerajaan, pembangkang ni temberang sahaja.

Kali ini kehadiran Ezam benar-benar memeningkan kepala pakatan kerana secara tiba-tiba dia hadir dan mahu ganggu calon pakatan di sana iaitu Khalid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana