Diskaun Proton: Bukan Isu Rasis Tapi Mana NGO Melayu?

UMUM lazimnya tahu bahawa jika beli sesuatu produk dalam jumlah pukal, pelanggan itu akan menerima potongan harga tertentu daripada si penjual, malahan ada yang dapat diskaun separuh.
Amalan sedemikian bukan pun pelik kerana diamalkan di seluruh dunia sebagai tanda penghargaan penjual barang tersebut selain ia sudah mendapat margin keuntungan dan jaminan pembelian borong dalam setiap urus niaga.

Malangnya, ada pihak cuba sengaja mencetuskan sensasi apabila memperbesarkan isu Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, Li Chunrong menawarkan diskaun untuk etnik Hokkien dari Fujian.

Sekadar baca sepintas lalu laporan akhbar berbahasa Cina kurang popular, Nanyang Siang Pau semalam, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang diketahui propembangkang mendakwa konon ia berbaur rasis dan ganjil!

Namun apa yang tidak pula diperbesarkan NGO itu ialah potongan harga istimewa bukan pun terhad kaum tertentu hanya kerana isu 49 peratus kepentingan Proton dikuasai firma dari China, Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd.

Ya… Memang betul Chunrong mengumumkan diskaun khas itu pada majlis makan malam Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia minggu lalu, bahkan tawaran hanya sah dari 12 Januari ke 31 Mac sempena Tahun Baharu Cina.

Ironi, NGO Melayu itu yang melenting marah konon Proton tidak beri potongan harga untuk kaum lain, cuba putar belit cerita dengan dakwa amalan tersebut tidak pernah berlaku dalam syarikat automotif berkenaan sejak dahulu.

Hello? Biar betul ‘satu dunia’ tahu Proton dari dahulu lagi memang ada polisi bagi diskaun khas untuk pelanggan korporat termasuk persatuan, organisasi dan institusi waima syarikat media yang berminat melakukan belian pukal.

Proton Holding Berhad malah dalam kenyataan setelah isu itu tular dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab juga menegaskan bahawa menjadi amalan biasa dalam bisnes industri automotif untuk menawarkan diskaun berkenaan.

Persoalan cepumas… Mana perginya NGO Melayu itu jika betul ia mahu menolong Proton, pernah ke buat program ajak semua ahli secara kolektif jumpa pihak syarikat automotif ini untuk beli kereta Proton dalam jumlah pukal?

Berdasarkan pengalaman peribadi penulis sendiri, ada rakan di sebuah premis jualan Proton pernah bercerita, susah hendak jual kereta itu dalam kawasan majoriti Melayu berbanding jika berada di tempat yang ramai penduduk Cina.

Untuk rekod, kaum itulah paling banyak beli Proton berbanding Melayu sendiri lebih selesa jenama lain. Lucunya Melayu-lah paling suka kutuk Proton dalam media sosial konon tidak bagus, buruk dan macam-macam negatif lagi.

Ini jauh berbeza pelanggan Cina yang diketahui suka Proton bukan kerana isu Chunrong, tetapi harganya kompetitif dan jaminan waranti. Kaum itu malah membentuk NGO sendiri untuk dapat harga diskaun tanpa apa-apa publisiti.

Hakikatnya, isu potongan harga bukan pun benda baharu. Proton sebagai sebuah entiti perniagaan demi untuk terus hidup dalam persekitaran penuh cabaran amat perlu sokongan pelanggan secara berterusan tidak kira warna kaum.

Justeru mereka tawar pelbagai pakej insentif untuk pembelian pukal sebagai salah satu strategi pemasaran sambil mengalu-alukan mana-mana NGO tempatan bagi menggalakkan ahli-ahlinya memiliki Proton dengan harga rendah.

Sekali lagi ditegaskan, pihak Proton sentiasa profesional dalam isu diskaun. Sebaliknya, NGO Melayu itulah yang patut dipersoalkan niatnya kerana jika betul hendak bantu Proton, apa yang pernah ia buat? 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana