Bukti Mahathir Sudah Terdesak Sampai Semua Orang Beliau Hina

Bekas PM, Mahathir Mohamad yang kini diperalatkan jadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) makin terdesak sehingga sanggup menghina golongan graduan yang jual nasi lemak dan pemandu perkhidmatan Uber. Mahathir gunakan kewujudan mereka untuk gambarkan keadaan sebuah negara yang memalukan kerana ada graduan terpaksa berniaga sebegitu rupa.

Pendapatan penjual nasi lemak sekarang ketika zaman PM, Datuk Seri Najib Tun Razak kebanyakannya menerima pulangan yang tinggi kerana kuasa membeli rakyat semakin bertambah disebabkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Sarapan pun sudah boleh dibeli secara selalu oleh orang ramai tidak bertungkus lumus memasak seperti zaman Mahathir.

Pada Oktober 2016, seorang graduan Kejuruteraan Elektronik Perubatan dari Universiti Tun Hussein Onn (UiTHO) berjaya mendapat pendapatan tinggi dengan berniaga nasi lemak dan menjadi fenomena lebih tinggi jika dia bekerja.

Itulah pengusaha Nasi Lemak Anak Dara, Siti Hajjar Ahmad yang mula berniaga nasi lemak sejak Jun 2016 sementara menunggu pekerjaan. Bagaimanapun, pendapatan yang ditawarkan dari pekerjaan yang ditawarkan lebih kecil dari hasil dia berniaga. Dia enggan mendedahkan pendapatan bulanannya tapi ia melebih dari gaji yang ditawarkan sebagai jurutera iaitu RM2,000.

Kalau pandu Uber pula, pada Jun 2016 daripada kiraan purata seorang pemandu Uber, mereka boleh menjana pendapatan bulanan sebanyak lebih RM3,000 tanpa ada majikan dan masa boleh diuruskan sendiri ikut kesenangan mereka. Ada laporn pemandu Uber boleh menerima sehingga RM6,000 sebulan.

Jika bijak uruskan masa dan memaksimakan pemanduan, ada pemandu Uber boleh menerima maksimum RM7,832 sebulan tanpa perlu bekerja di bawah arahan sesiapa.

Siapa yang hendak kerja pada zaman Mahathir yang peluang berniaga sempit dek kerana keadaan ekonomi yang sentiasa membimbangkan.

Apa masalahnya kepada Mahathir kalau graduan menjadi pemandu Uber dan jual nasi lemak? Seorang pengguna Facebook, Hilmy Shamshur Abdul Rahim berkata menjual nasi lemak dan memandu perkhidmatan e-hailinhg adalah satu bentuk pendedahan untuk menimba pengalaman.

“Sejak dulu kita faham bahawa segulung ijazah dari institut pendidikan tinggi tidak akan menjamin pekerjaan.

“Ingat zaman Tun M jadi PM dulu senang dapat kerja ke?,” katanya.

Bukan semua graduan gagal, malahan kira-kira 183,433 orang pencari kerja di negara ini berjaya mendapat pekerjaan sepanjang tahun 2017. Daripada jumlah berkenaan seramai 57,320 orang atau 31 peratus pencari kerja itu merupakan siswazah dan 126,113 atau 69 peratus bukan siswazah.

Seramai 57,366 pencari kerja berkenaan berjaya dipadankan dengan pekerjaan yang ditawarkan majikan untuk ditempatkan dalam pekerjaan dalam tempoh kurang daripada sebulan melalui pelbagai program kerjaya yang dianjurkan sebuah agensi iaitu JobsMalaysia.

Kerajaan sebenarnya berjaya di kedua-dua aspek, memberi pekerjaan kepada ramai orang dan juga membuka pintu yang luas kepada orang ramai khususnya golongan muda hendak berjaya. Kalau sudah berjaya pandu Uber dan jual nasi lemak, siapa yang mahu bekerja jika sudah dapat lebihan masa seharian untuk diri sendiri berbanding bekerja, seharian masa untuk majikan dan pejabat.

Sekarang kalau bekerja, wang pendapatan hasil gaji bersih meningkat berbeza pada zaman Mahathir jadi PM dulu. Zaman dia, kalau penjawat awam mahu lanjutkan pelajaran, ia hanya dibenarkan dengan pembayaran separuh gaji atau letak jawatan.

Seorang penjawat awam pada sekitar 90-an berkongsi dengan gaji pokok RM1115.00 selepas 15 tahun khidmat, gaji separuh kerana sambung belajar ialah sebanyak RM557.50. Lebih teruk tidak ada kenaikan gred jawatan atau kenaikan tangga gaji. Zaman Mahathir, sudah banyak itu pun dipotong cukai pendapatan sebanyak RM36.

Sekarang, pada zaman Najib wang bawa balik gaji bersih sudah meningkat, kalau penjawat awam dengan Diploma pun sudah boleh bawa pulang bersih lebih RM3,000 dan jika melanjutkan pelajaran boleh dibayar gaji penuh.

Semua orang Mahathir hendak hina, dulu hina penerima BR1M, kemudian hina penerima bantuan kerajaan dan kali ini hina peniaga jual nasi lemak dan pemandu Uber. Apa yang kerajaan lakukan semua Mahathir hina, biarlah rakyat dan pengundi sahaja yang nampak kesan baik dari apa yang kerajaan Najib laksanakan.

Rakyat yang perlu dibela kalau jadi PM pun dihina, macam mana Mahathir hendak jadi Perdana Menteri kalau pakatan menang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana