BARISAN NASIONAL TETAP PADA JANJI KONGSI KUASA UNTUK RAKYAT – HELME HANAFI

Kerajaan yag ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN) pada hari ini meneruskan dasar inklusif terhadap semua kaum di negara ini kerana sedar gabungan itu berkongsi kuasa dengan parti lain yang memperjuangkan kebajikan kaum masing-masing.

Timbalan Pengerusi Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar), Helme Hanafi berkata BN sentiasa mengingati dan menghargai perjanjian yang pernah dimeterai suatu ketika dahulu untuk tidak mengabaikan kaum lain di Malaysia.

“Kita (BN) hargai perjanjian dulu, yang pernah kita lakukan. Sejak dua pilihanraya umum lepas, walaupun prestasi MCA agak lemah, tetapi mereka telah bersama BN sekian lama. Oleh itu kita tidak boleh ketepikan hak dan permintaan mereka.

“Jadi, dalam keadaan politik negara sekarang ini, tidak perlu membuat permintaan yang berlebihan seperti minta hapuskan sekolah jenis kebangsaan Cina, minta hapuskan Bahasa Cina, minta hapuskan media mereka. Tidak boleh. Kita mesti terima apa yang ada sekarang ini.

“Cuma, kita sebagai kerajaan yang memimpin negara, perlu membuat penambahbaikan,” katanya pada sesi temubual secara langsung bersama Siswa Barisan Nasional (SBN) menerusi Facebook pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Helme yang juga merupakan pengarang berita portal Agenda Daily berkata, tidak dinafikan sistem sekolah jenis kebangsaan yang ada di negara ini sudah ditahap yang baik, namun kerajaan perlu memberi penekanan kepada pelajar bahawa subjek bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

“Kerajaan perlu minta kepada kaun Cina dan India agar mereka belajar dan dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik, bukan hanya belajar untuk lulus dalam peperiksaan.

“Mereka perlu jadikan bahasa Melayu sebagai wahana untuk mewujudkan intergrasi seperti yang berlaku kepada kaum Cina di Kelantan yang fasih bercakap bahasa Melayu dengan loghat negeri itu.

“Bukan nak cakap apa, kadang-kadang saya pun sedih bila di Parlimen, ahli-ahli Parlimen sendiri tidak pandai berturut dengan bahasa Kebangsaan,” katanya.

Terdahulu, Helme berkata, Malaysia tidak mempunyai masalah seperti yang berlaku di negara jiran kerana melaksanakan dasar liberal dalam pendidikan kerana nyata ia membuahkan hasil.

“Dasar negara yang liberal tentang pendidikan ini memberikan keuntungan kepada negara. Kita membenarkan kaum lain bebas belajar dan bercakap dengan bahasa mereka. Tidak seperti di Singapura yang terpaksa mengadakan kelas pembelajaran bahasa Mandarin untuk para pelajar kerana sedar bahasa itu merupaka bahasa yang penting di dunia.

“Di Malaysia tidak timbul isu itu. Orang Cina boleh bercakap bahasa Cina, malah ada orang Melayu yang boleh bertutrut dalam bahasa Cina. Ini menunjukkan pimpinan kerajaan pada hari ini inklusif,kita tidak menafikan hak siapa-siapa,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana