AMANAH PUNYA MASA DEPAN AMAT KELAM DALAM DUNIA POLITIK NEGARA: DR MAZLAN ALI

Masih saya ingat betapa Dr Mazlan Ali menyatakan rasa terkilan beliau bila saya merujukkan beliau sebagai "penganalisis penyokong AMANAH" di dalam satu komentar Facebook saya pada 4 November 2017 lalu.

Komentar ini adalah berkait dengan kenyataan Dr Mazlan di dalam portal berita The Malaysian Insight bahawa "DAP di Cheras hanya ada beberapa ratus ahli sahaja" bagi menyangkal hujah saya bahawa AMANAH yang hanya mempunyai 364 cawangan akan mengalami kesukaran untuk melawan PAS yang mempunyai 7,063 cawangan.

Rujukan kepada beliau sebagai "penganalisis penyokong AMANAH" itu sebenarnya hanya saya sandarkan kepada pemerhatian saya terhadap penglibatan beliau dengan AMANAH Batu seperti dalam program Tanweer Talaqi Maghrib di Madrasah Tarbiah Kampung Banda Dalam, Jalan Gombak, dan beberapa kenyataan beliau yang kelihatan sangat positif terhadap AMANAH yang tersiar di dalam portal-portal berita seperti Malaysia Date Line dan The Malaysian Insight sahaja.

Antara kenyataan beliau ini ialah yang tersiar di dalam portal berita Malaysia Date Line pada 16 Mac 2017 yang memberikan harapan tinggi kepada AMANAH selain menyelar keras PAS dengan menyebut "hala tuju politik PAS semakin sempit dan saya percaya politik bunuh diri PAS ini akan membuat mereka tersudut dalam arus utama politik tidak lama lagi, selain kehilangan sokongan orang Melayu".

Bagaimanapun, tidak saya sedari bahawa Dr Mazlan sebenarnya acapkali juga membuat kenyataan yang tidak menggambarkan diri beliau sebagai "penganalisis penyokong AMANAH" di dalam media arus perdana, termasuklah dengan menyokong BN dan mengkritik PH.

Paling mengejutkan adalah bila saya terbaca kenyataan Dr Mazlan di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, bersama-sama kenyataan saya sendiri, yang melihat "AMANAH mempunyai masa depan yang amat kelam dalam dunia politik negara" dan yang menyifatkan AMANAH "bukanlah saingan UMNO dan PAS di kawasan majoriti Melayu".

Saya dengan ini ingin menarik balik kenyataan saya yang merujukkan Dr Mazlan sebagai "penganalisis penyokong AMANAH" kerana mana mungkin penyokong AMANAH boleh menyebut "AMANAH mempunyai masa depan yang amat kelam dalam dunia politik negara".

Mohon maaf jika kenyataan saya sebelum ini mengenai Dr Mazlan sebagai "penganalisis penyokong AMANAH" telah mendatangkan apa-apa ketidaksenangan ke atas diri beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana