TUN M SUDAH RENDAHKAN MARTABAT DIRI APABILA PULANGKAN PINGAT – UMNO JOHOR

Seorang pemimpin Umno Johor hari ini berkata Tun Dr Mahathir Mohamad merendahkan martabat dirinya apabila memulangkan kembali darjah kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor, selain enggan memohon maaf atas ‘keterlanjurannya’.

ADUN Mahkota, Datuk Md Jais Sarday berkata keengganan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu untuk berbuat demikian seolah-olah bercanggah dengan kedudukannya sebagai seorang negarawan yang mempunyai pengalaman yang meluas dalam kepimpinan.

“Jika beliau merasakan telah terlajak cakap, rasa tersilap, rasa menyinggung ramai pihak termasuk Ke Bawah Duli Tuanku, sepatutnya sebagai orang yang hebat beliau kena meminta maaf, namun sehingga kini beliau tidak berbuat demikian,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Menyentuh keperluan untuk Dr Mahathir memulangkan kembali kurniaan pingat yang diberikan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail kepada Dr Mahathir, Jais berkata ia terpulang kepada pemimpin pembangkang tersebut.

Untuk rekod pada Khamis lalu, Dr Mahathir memulangkan pingat darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Istana Selangor dengan menyifatkan dirinya tidak lagi layak untuk menyimpannya.

Ia berikutan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap ucapan Dr Mahathir yang mengaitkan kaum Bugis sebagai lanun dan penjenayah ketika berucap di himpunan anjuran pembangkang.

“Terserah kepada Dr Mahathir untuk memulangkan atau tidak. Kerana itu haknya. Kurniaan daripada Almarhum Sultan sudah menjadi haknya, malah Tuanku (Sultan Johor) juga tidak meminta ia dipulangkan.

“Sepertimana yang berlaku di Selangor, Sultan pun tak minta ia dipulangkan. Jadi terserah kepadanya (Dr Mahathir). Jika beliau merasakan telah melakukan satu penghinaan mungkin beliau kena minta maaf,” ujarnya.

Sultan Selangor terdahulu bertitah Dr Mahathir sebagai mencetuskan provokasi yang boleh membawa kepada perpecahan rakyat.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar baru-baru ini, Sultan Sharafuddin berkata, Dr Mahathir berkemungkinan menimbulkan huru-hara dengan kemarahannya dan ‘akan membakar seluruh negara dengan api kemarahannya’.

Kini timbul persoalan apakah Dr Mahathir akan membuat tindakan yang sama terhadap kurniaan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1) apatah lagi beliau enggan mengulas selepas PH mengadakan sidang media, petang semalam.

“Secara peribadi saya, (tindakan Dr Mahathir) merendahkan lagi martabat yang telah diletakkan, beliau seorang negarawan. sepatutnya sebagai seorang negarawan dan juga sebagai seorang yang pernah mentadbir negara lebih 20 tahun, yang ada banyak pengalaman dan faham senario di Malaysia, termasuk sensitiviti yang ada di negara kita.

“Kita ada mempunyai pelbagai latar belakang agama dan budaya. Sepatutnya beliau memainkan peranan, berasaskan pengalamannya, membantu menstabilkan agama dan negara,” tegas Jais lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana