Suri Rumah Didenda RM15,000, Penjara Enam Bulan Hina Nabi

IPOH – Seorang suri rumah dijatuhi hukuman denda RM15,000 dan penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah menghina nabi dengan kata-kata kesat di dalam sebuah masjid di sini tahun lalu.

Majistret Siti Hanum Md. Sah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Tham Yut Mooi, 46, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan, lapor Kosmo.

Mengikut kertas pertuduhan, Yut Mooi didakwa mengeluarkan kata-kata ‘Nabi Babi’ yang didengari oleh tiga individu iaitu Abdul Rahim Mat Diah, 53, Mohd. Yunus Harun, 72, dan Mohd. Halim Buyong, 43, dengan niat yang disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan.

Perbuatan tersebut dilakukan di ruang solat Masjid Ubaidah, Ulu Kinta dekat sini kira-kira pukul 5.30 petang pada 4 Mei 2016.

Pertuduhan terhadap Yut Mooi dikemukakan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana