RAFIZI SIBUK JAJA FITNAH BARU… STATUS DAKWAANNYA RASUAH ‘PEREMPUAN’ DI SELANGOR SENYAP? – SHAHRUM

“Daripada sibuk jaja fitnah baru, adalah lebih baik Rafizi (Ramli) jelaskan status laporan yang pernah dibuatnya dahulu berkaitan dakwaan rasuah ‘perempuan’ dan wang membabitkan pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif.

Jelas beliau, dahulu Rafizi begitu lantang menyuarakan isu ini namun sehingga kini isu tersebut terus didiamkan dan Rafizi sibuk mengorek isu lain pula.

“Janganlah jadi ‘champion’ tanpa ada asas dan fakta… hanya nak jadi orang pertama yang membuat kenyataan dan membongkar berita hangat tetapi akhirnya malu sendiri.

“Bagi saya Rafizi sebenarnya hanya mahu memburukkan nama baik kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN). Jika benar Rafizi mahu menjadi ‘champion’, dia harus turut mendedahkan kepincangan dalam negeri Selangor dan Pulau Pinang.

“Rakyat di Selangor ini sebenarnya masih ternanti-nanti apakah hasil siasatan yang pernah dia dedahkan dulu berkaitan dakwaan ada tawaran khidmat seks kepada pimpinan penjawat di negeri Selangor ini… berita ini hanya separuh jalan seolah-olah dia mahu menyorokkan sesuatu,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Kata Shahrum, sebenarnya terdapat banyak lagi tuduhan-tuduhan yang melibatkan kerajaan negeri Selangor yang perlu didedahkan dan Rafizi harus bersikap adil dan telus sekiranya dia benar-benar pejuang keadilan dan bukan sekadar mencari populariti.

“Janganlah hanya menjadikan BN sebagai satu batu loncatan untuk politik diri sendiri, ingin popular tetapi tiada asas dan fakta.

“Jadi saya menyeru kepada Rafizi untuk mengambil kira fakta dan kenyataan sebelum buat kenyataan akhbar. Dia harus membongkar segala perkara yang berhubungkait penyalahgunaan kuasa di pihak pembangkang sendiri.

“Kalau hanya untuk mencari populariti memang boleh dapat tapi ingat dosa dan pahala,” bidas Shahrum lagi.

Untuk rekod, baru-baru ini Rafizi ditempelak kerana berbohong apabila cuba mengaitkan kononnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan melantik abangnya sendiri sebagai kontraktor pelaksana Expo NegaraKu.

Antara pembohongan ‘popular’ Rafizi adalah berkaitan fitnah cincin isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rafizi memberi alasan semasa perbicaraan saman fitnah di mahkamah kenyataan tersebut adalah seloroh dan gurauan dan fitnah Tabung Haji akan rugi RM933 juta. Akibat fitnah itu, seramai 3,954 pendeposit Tabung Haji menutup akaun mereka, tetapi Rafizi sendiri tidak berbuat demikian dan akaunnya dalam Tabung Haji masih aktif dan turut menerima dividennya. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana