Program bual bicara di sebuah hotel di Kota Bharu dibatalkan kerana Husam

KOTA BHARU: Program Bicara Anak Kelantan: Merungkai Persoalan Bersama Datuk Husam Musa yang dijadualkan berlangsung malam ini dibatalkan saat-saat akhir kerana ia melibatkan Naib Presiden Amanah itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh penganjur program berkenaan setelah pihaknya diberitahu oleh pengurusan hotel yang menyebut pembatalan dilakukan kerana melibatkan Husam.

Program tersebut dianjurkan oleh laman Sokmo.net dan dijadualkan berlangsung di sebuah hotel di Kota Bharu pada jam 9 malam ini.

"Kami telah membuat tempahan dewan untuk program itu sejak awal November dengan membayar wang deposit dan memenuhi syarat yang ditetapkan hotel.

"(Tetapi) pengurusan diarahkan membatalkan tempahan itu 48 jam sebelum program. Alasan (syarikat) pemilik hotel ialah kerana ia melibatkan Husam," kata pengarang Sokmo.net, Mohd Zuharman Mohammar Nor dalam kenyataan semalam.

Selain Husam, penganjur program turut menjemput Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan ADUN Pulai Chondong Zulkifli Mamat untuk turut sama menjadi panel program itu.

Bagaimanapun kedua-dua pemimpin tempatan itu menolak jemputan berkenaan.

Mohd Zuharman dalam pada itu memaklumkan program bual bicara itu akan diteruskan pada waktu yang sama sebagaimana yang dijadualkan selepas mereka memperolehi sebuah hotel yang lain. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana