Perpecahan pembangkang buat penjawat awam beralih arah - Penganalisis

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan membuat kenyataan tanpa sokongan fakta yang sah dan berasas, demikian menurut penganalisis politik, Dr Jeneri Amir.

Beliau berpendapat, keyakinan yang dipamerkan Najib itu dibuat berdasarkan hasil kajian bertauliah yang dilaksanakan agensi-agensi di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan.

Jeneri mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Umno, bahawa sokongan golongan penjawat awam kini berpihak kepada kerajaan Persekutuan.

"Kenyataan beliau itu berdasarkan dapatan kajian yang diminta oleh pihak kerajaan. Saya tidak fikir bahawa Perdana Menteri tanpa fakta yang sah. Biasanya menjelang pilihan raya pihak kerajaan akan meminta beberapa pihak untuk melaksanakan kajian.

"Ini mungkin termasuk dasar Jabatan Penerangan dan seumpamanya lagi. Yang menjadi persoalan sekarang ialah sejauh mana dari segi sokongan penjawat awam dan para pengundi secara keseluruhannya," katanya kepada Antarapos hari ini.

Mengulas lanjut, Jeneri turut tidak menolak faktor sokongan golongan itu yang mampu memacu kemenangan Barisan Nasional (BN), apatah lagi dengan senario perkembangan politik semasa negara pada masa ini.

"Saya secara peribadi percaya bahawa majoriti penjawat awam berpihak kepada Barisan Nasional. Ini berasaskan pola pengundian pada masa lepas.

"Tidak ada sesuatu yang betul dapat merubah pendirian mereka. Apatah lagi keraguan mereka yang ketara terhadap kepimpinan yang cuba ditampilkan oleh barisan pembangkang.

"Selagi perpecahan sekarang berlaku dalam kalangan pakatan pembangkang, dan selagi Sabah Sarawak menyokong BN. Selagi itu saya fikir peluang untuk BN menang dalam pilihan raya akan datang adalah masih cerah. Walaupun kemungkinan jumlah kerusi itu boleh saja terjejas jumlahnya," tambahnya.

Najib ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU 2017) berkata momentum sokongan penjawat awam kini menyebelahi Umno-BN.

Justeru, beliau menzahirkan keyakinannya bahawa Umno-BN akan sekali lagi memperoleh kejayaan dan terus mempertahankan tampuk pemerintahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

“Momentum belah kita sekarang ini. Kebanyakan pegawai kerajaan memihak pada kita. Saya ucap terima kasih kepada semua pegawai-pegawai kerajaan kita. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana