Pembahagian kerusi PH sama rata serlahkan perbalahan mereka

Pembahagian kerusi secara sama rata dalam parti komponen PH hanya akan menyerlahkan perbalahan di antara mereka.

Menurut Penganalisis Politik Dr Salawati Mat Basir kenyataan Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke Siew Fook hanyalah gimik politik yang hanya memberi implikasi besar kepada mereka.

“Kalau begini caranya mereka masih belum mencapai satu tanda aras persetujuan dalam Pakatan dengan meletakkan kesemua calon dalam Parlimen dan DUN hanya akan menyerlahkan perbalahan mereka sahaja,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Loke yang menjelaskan bahawa setiap parti komponen PH Negeri Sembilan akan bertanding dua kerusi Parlimen di negeri ini dengan nisbah 2:2:2:2 pada PRU14.

Manakala pembahagian kerusi bagi DUN pula, telah 90 peratus selesai dan kesemuanya dijangka akan diumumkan pada Konvensyen PH Negeri Sembilan pada 28 Januari depan.

Loke dalam masa yang sama turut berkata, ini bermakna kesemua lapan kerusi parlimen dan 36 kerusi DUN akan ditandingi oleh calon dari pakatan berkenaan.

“Sepatutnya waktu sekarang ni mereka dah susun strategi calon dan dah tetapkan siapa calon yang nak bertanding. Tapi bila nak letak semua parti maka jelas tiada persefahaman dicapai,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana