‘PEGUAM ANWAR KURANG AJAR’ – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyifatkan Kimberly Motley sebagai kurang ajar kerana mengkritik peraturan penjara di Malaysia.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak mempunyai hak untuk berkata sedemikian rupa.

“Apa ‘locus standi’ dia hendak bidas undang-undang dan peraturan penjara di Malaysia. Kurang ajar, bersikap sombong dan bongkak,” katanya memetik laporan FMT, hari ini.

Motley, pada semalam mengkritik halangan menemui Anwar dengan mendakwa tindakan itu sebagai tidak wajar.

Motley mewakili Anwar sejak 7 September lalu secara pro bono.

Anwar, 70, dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Beliau sedang menjalani hukumannya di Penjara Sungai Buloh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana