PAS tentang habis-habisan Kit Siang jadi PM

PAS Perak akan tentang habis-habisan cita-cita Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri  Malaysia.

Pesuruhjayanya Haji Razman Zakaria berkata, PAS Perak akan terus menegakkan perjuangan Islam bagi memastikan jawatan Perdana Menteri Malaysia tetap kekal dimiliki oleh pemimpin bumiputera Islam.

Sehubungan dengan itu beliau mengingatkan orang Islam agar tidak memandang `enting’ dan mengambil mudah isu jawatan Perdana Menteri  ini kerana ia melibatkan kepentingan kaum bumiputera dan umat Islam di negara ini.

``PAS Perak akan tentang habis-habis isu cita-cita Penasihat DAP mahu menjadi Perdana Menteri kerana ia melibatkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.   

``Umat Islam harus memahami situasi sekarang dengan memilih hala tuju kearah kestabilan negara dan menolak  sebarang usaha yang boleh memburuk dan mengucar-kacirkan negara,’’ katanya kepada media pada Khamis.

Haji Razman menegaskan PAS Perak melihat isu jawatan Perdana Menteri dan cita-cita Lim Kit Siang nak jadi Perdana Menteri sebagai satu `amaran’ kepada umat Islam agar mereka terus teguh bersatu dengan memilih parti yang menegakkan syiar Islam dengan memastikan jawatan Perdana Menteri kekal dimiliki pemimpin bumiputera Islam.

Mengenai  persiapan PAS Perak hadapi pilihan raya, Haji Razman mengulangi kenyataannya bahawa PAS Perak  sudah set untuk bertanding di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Perak yang majoritinya dikuasai UMNO pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Menurut beliau PAS akan bertanding secara sendirian tanpa mengadakan kerjasama politik dengan beberapa parti pembangkang seperti berlaku pada pilihanraya 2008 dan 2013.

“Kami mampu memperoleh keputusan mengejutkan tanpa kerjasama dengan pembangkang,”katanya.

Beliau yang mengesahkan perkara itu menegaskan senario ini sekaligus menyaksikan parti itu akan bertanding secara bersendirian menentang BN setelah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP dan PKR.

Untuk rekod UMNO dijangka bertanding 36 dari 59 kerusi DUN Perak menggunakan lambang BN berbanding PAS yang bakal kekal menggunakan lambang sendiri.

``Kita bertanding pada PRU ke 14 kali ini tanpa terikat lagi dengan DAP dan PKR dalam menentukan kerusi yang akan dipertandingkan nanti.

``Kita bertanding berdasarkan kekuatan kita jadi kita boleh letak calon di mana-mana kita ada kekuatan dan kawasan tumpuan kita ialah kawasan yang majoritinya dikuasai UMNO,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana