NAJIB TERIMA ANUGERAH TERTINGGI DARI RAJA BAHRAIN....TENTU ADA YANG BERBULU MELIHATNYA

MANAMA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dikurniakan anugerah tertinggi Bahrain.

Najib menerima anugerah “King Hamad Order for Development” yang disampaikan oleh Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad di sini Jumaat.

Perdana Menteri diberi penghormatan sebagai pemimpin asing pertama dikurnia anugerah tertinggi Bahrain yang diwujudkan dua tahun lalu.

Najib memulakan lawatan rasmi tiga hari dengan menghadap Raja Bahrain di istana sebelum itu.

Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa majlis menghadap.

Raja Hamad juga mengurniakan anugerah “Medal of First Degree” kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis pengurniaan anugerah.

Baginda kemudian menghoskan majlis santapan negara bagi meraikan perdana menteri, isterinya dan delegasi Malaysia di istana.

Raja Hamad yang menaiki takhta pada 6 Mei, 1999 melakukan lawatan negara sulung ke Malaysia lewat April tahun ini.

Kuala Lumpur dan Manama menjalin hubungan diplomatik sejak 1974. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana