MUKHRIZ CUBA JADI HERO DENGAN MEMBERIKAN FAKTA YANG SALAH TERHADAP FELDA

Walaupun media sedang hangat membicarakan pemindahan hak milik tanah Felda yang dicurigai transaksinya, terdapat juga kenyataan jelik dan boleh juga dianggap fitnah keluarnya dari mulut anak Tun M (Mukhriz).

Kenyataan fitnah berbaur hasutan itu dimuat naik oleh 'admin' page Mukhriz Mahathir FC yang menyatakan aset dan simpanan Felda pada zaman Najib hanya tinggal RM200 juta dari jumlah asal RM9 bilion.

Sedangkan kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad pada 2015 menyatakan bahawa jumlah liabiliti (termasuk hutang) FELDA pada akhir tahun 2015 adalah RM11.5 bilion – tetapi jumlah aset FELDA melebihi dua kali ganda pada RM28.2 bilion, jadi ia jauh dari bankrap atau gagal.

Jika dibandingkan dengan aset yang ditinggal Tun M semasa zaman era pentadbirannya menjadi Perdana Menteri sebanyak RM9 bilion, keuntungan serta penambahan aset Felda pada era pemerintahan PM Najib adalah sebanyak RM19.2 bilion.

Dakwaan Mukhriz Felda mengalami kerugian, aset semakin berkurangan dan hampir bankrup adalah suatu bentuk fitnah serta perlu diperbetulkan dengan segera.

FELDA membuat keuntungan besar daripada penyenaraian FGV pada 2012 dan kemudian menggunakan banyak wang ini dalam beberapa tahun selepasnya untuk penanaman semula dan kebajikan peneroka – tetapi secara keseluruhan, FELDA masih menguntungkan selama tempoh 5 tahun itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana