Malaysia, Indonesia, Thailand berdagang guna matawang tempatan

Persetujuan yang dicapai antara Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Indonesia (BI) dan Bank of Thailand (BOT) untuk mengguna pakai mata wang tempatan diyakini mampu me­­ngukuhkan nilai mata wang ringgit sekali gus melonjakkan ekonomi negara.

Pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata, langkah yang dilaksanakan ketiga-tiga bank pusat itu merupakan keputusan pragmatik bagi memudah dan melonjakkan perdagangan serta pelaburan di ketiga-tiga negara.

“Keputusan yang dicapai ini adalah peristiwa penting bukan sahaja mampu mengukuhkan nilai ringgit, tetapi juga mengurangkan kebergantungan kepada mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

“Malaysia, Indonesia dan Thailand merupakan tiga ekonomi penting selain Singapura, Vietnam dan Filipina yang menyum­bang kepada pengukuhan ekonomi ASEAN dengan nilai perdagangan antara kesemua negara ini melebihi RM600 bilion atau lebih 90 peratus daripada perdagangan ASEAN.

“Pelaksanaan rangka kerja ini juga diharap dapat membuka peluang untuk kesemua negara ASEAN terlibat sama sekali gus mewujudkan mata wang ASEAN seperti yang diguna pakai di Eropah menerusi mata wang Euro,” katanya.

Baru-baru ini, BNM, BI dan BOT melancarkan tiga rangka kerja untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan dengan lebih meluas dalam perdagangan antara ketiga-tiga negara.

Kesemua rangka kerja iaitu rangka kerja rupiah-ringgit; rangka kerja rupiah-baht; dan rangka kerja baht-ringgit dipertingkatkan akan berkuat kuasa mulai 2 Januari 2018.

Ia selaras dengan dua memorandum persefahaman (MoU) bagi rangka kerja penyelesaian mata wang tempatan yang ditandatangani oleh ketiga-tiga bank pusat tersebut masing-masing pada 23 Disember 2016.

Dalam pada itu, Pengarah Institut Penyelidikan Perbankan dan Kewangan Asia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berkata, sebagai sebuah rantau yang sedang membangun, pelaksanaan rangka kerja tersebut boleh menjadikan per­sekitaran ekonomi ASEAN lebih dinamik selain mengurangkan ketidaktentuan dalam transaksi perdagangan.

“Selain itu, persetujuan yang dicapai ini juga sememangnya boleh mengurangkan kos perdagangan yang ditanggung, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi,” ujar beliau.

Sementara itu, Pensyarah Fa­kulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Ke­lantan (UMK), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berpendapat penggunaan mata wang tempatan mampu memacu ekonomi ketiga-tiga negara dengan lebih pantas.

“Pergerakan sumber manusia dan bahan gunaan di antara ketiga-tiga negara juga dapat diuruskan dengan cepat serta lebih mudah.

“Hal ini dapat mendorong kepada perkongsian strategik yang boleh dibangunkan secara bersama dengan kos yang jauh lebih murah berbanding menggunakan dolar AS sebelum ini,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana