Mahathir ada agenda tersembunyi, kata Annuar Musa

Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan mempunyai agenda tersendiri apabila  memulangkan pingat kebesaran Selangor pada minggu lalu.

Pada masa sama, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa tindakan itu adalah sebagai  satu cubaan oleh Pengerusi Pakatan Harapan itu membangkitkan kebencian supaya rakyat kurang percaya kepada institusi Raja-Raja Melayu.

“Bagi saya, sebenarnya Dr Mahathir ada mesej dan strategi tersembunyi.

“Sebenarnya bila dia pulangkan pingat, ia bukan tindakan secara individu, tapi ada sokongan pembangkang terutama DAP yang sudah lama mahu bertindak begitu,” katanya.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Alatan dan Kelengkapan Sekolah di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Kota Bharu hari ini.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pemulangan darjah dan bintang kebesaran Selangor daripada bekas perdana menteri dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pada 7 Disember lalu.

Susulan itu, Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa pemulangan pingat  adalah disebabkan beliau berasa tidak layak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana