Kit Siang tidak cukup syarat jadi Perdana Menteri

Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dari segi teknikalnya tidak cukup syarat dalam cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan

Beliau menganggap Kit Siang  sudah secara tenikal `knock out'  dalam cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Katanya ``dia bolehlah bercita-cita tapi boleh ke? macam mana nak jadi PM walaupun kita demokrasi... saya rasa mengikut Perlembagaan mesti orang Melayu yang menjadi PM.

``Macam mana juga Perak dulu memang Nga Kor Ming nak jadi Menteri Besar tapi tak boleh, walaupun dia orang itu (DAP) miliki kerusi yang banyak dalam DUN tetapi kalau mengikut Perlembagaan Perak nak jadi Menteri Besar  mesti orang Melayu dan beragama Islam.

``dan saya percaya diperingkat Persekutuan pula nak jadi PM  selain daripada merupakan pemimpin yang mendapat kepercayaan majoriti daripada ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat ia juga mestilah orang Melayu dan beragama Islam.

Tajuddin yang juga ahli parlimen Pasir Salak berkata berdasarkan itu saja  orang kata secara teknikalnya dia sudah secara  teknikal knock out... tidak boleh jadi PM.

``Dari segi teknikalnya juga dia sudah tak cukup syarat dan keduanya dia nak jadi PM mewaklili rakyat Malaysia sedangkan 60 peratus penduduk Malaysia terdiri orang Melayu beragamaIslam... takkanlah 60 peratus Melayu ni  dan juga pribumi lain nak berketuakan seorang PM yang bukan Melayu.

``Bodohlah orang Melayu gitu, Melayu tak bodoh, Melayu cerdik nampak aje kita ni macam orang kata tak bersatu tapi akan sampai masanya jikalau  hak hak orang Melayu, keistimewaan orang Melayu, maruah orang Melayu, maruah agama Islam tu tercabar, saya rasa orang Melayu akan bersatu, orang Melayu dan pribumi akan bersatu .

Katanya lagi beliau tak fikir orang Melayu dan vorang pribumi  di Malaysia ni  “nak terima Lim Kit Siang jadi PM, itu satu penghinaan kepada orang Melayu, satu penghinaan kepada pribumi , satu penghinaan kepada umat Islam didalam negara kita Malaysia.'' 

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani  berkata demikian kepada pemberita  di Program Mesra Tani dan majlis penyamopaian insentifg Projek NKEA Pertanian EPP11 musim 2 IADA, di Dewan Felcra Ulu Dedap, Seberang Perak pada Selasa.

Baru-baru ini Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Lim Kit Siang berhasrat menjadi Perdana Menteri kerana Penasihat DAP itu sehingga kini tidak pernah melepaskan  jawatan tertinggi dan kawalannya terhadap parti itu.

Dan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim juga dilapor mendakwa, selama ini Kit Siang melindungi niat sebenarnya itu daripada rakyat dengan berpura-pura memberi sokongan kepada calon lain untuk menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu pada sidang media yang sama Tajuddin ketika ditanya langkah Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan pingat kebesaran kepada Istana Selangor Khamis lalu menganggapnya sebagai satu tindakan yang tidak manis.

``Saya rasa ia  satu perbuatan yang tak manislah, tak sewajarnya dilakukan oleh seorang pemimpin besar satu masa dulu.

``Perbuatan ini orang kata... orang-orang biasa yang tak faham bolehlah  buat begitu.

``Bila diserah balik kalau ikut sejarah dulu-dulu lah banyak orang kata penderhaka, apabila seorang itu dikatakan sebagai penderhaka kepada Tuanku Sultan yang merupakan pemerintah sebuah negara, dululah, ini cerita dulu tapi ada dia punya relevan tu juga, apabila ditarik bintang ataupun dia menyerah balik dia punya bintang kebesaran itu ada unsur-unsur maknanya dia jadi seorang yang khianat kepada pemerintah, dan juga kepada pemerintah..pemerintah pada masa itu Sultanlah.

``Sekarangpun kerajaan negeri ke, kerajaan Pusat ialah kerajaan sultan, kerajaan agung, PM bukan kerajaan dia ..betul tak ? Agung rasmi tu, kerajaan beta, beta berasa sangat bangga dengan memanda beta, PM tu memanda memanda ni pelaksana kepada dasar-dasar kerajaan yang diluluskan oleh tuanpunya kerajaan iaitu Agung ataupun dalam negeri Sultan, jadi sistem kita kerajaan berperlembagaan ataupun dipanggil Raja berperlembagaan, kuasa Sultan jangan main-main,'' katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana