Kit Siang hidap kanser tahap pertama

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu bahawa bapanya Lim Kit Siang menghidap kanser tahap pertama.

Bagaimanapun, menurut Guan Eng yang merupakan Ahli Parlimen Bagan itu, doktor berjaya membuang tumor kecil pada buah pinggang bapanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, dan beliau dijangka pulih tanpa sebarang komplikasi.

“Doktor juga menjangkakan beliau pulih sepenuhnya.

“Lim (Kit Siang) sedang beransur sembuh daripada pembedahan dan telah mula bersiar meregangkan kaki,” katanya dipetik Malaysiakini.

Guan Eng juga berkata, sepanjang tempoh pemulihan, urusan kawasan di Gelang Patah akan dikendalikan wakil khasnya Ng Siam Luang dan pejabat parlimen DAP Gelang Patah.

Pengerusi DAP Johor merangkap anggota parlimen Kluang Liew Chin Tong akan membantu menyelia kerja-kerja kawasan sepanjang ketiadaan Kit Siang.

“Pihak keluarga mengucapkan penghargaan kepada semua pihak dan amat berterima kasih sekiranya Lim (Kit Siang) diberi ruang waktu untuk sembuh dan pulih, agar beliau dapat kembali beraksi secepat mungkin,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana