Kes rasuah terbesar negara…Bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah pula didakwa

Ingat lagi kes dimana SPRM yang menggeledah pejabat dan kediaman Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah pada Oktober 2016  telah menemui wang tunai berkepuk-kepuk .

Bayangkan wang tunai berjumlah RM52 juta ditemui tersimpan di beberapa termasuk alamari pejabat.

Turut ditemukan ialah barang kemas,geran tanah dan beberapa akaun di luar negara yang semuanya dianggar bernilai kira-kira RM180 juta termasuk wang tunai.

Ini merupakan kes rasuah terbesar negara.

Pada 29 Disember 2016 bekas pengarah Jabatan Air Sabah, Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54 bersama isterinya, Fauziah Piut, 51 serta Penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah, Lim Lam Peng, 62, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas 37 tuduhan menyeleweng dana infrastruktur berjumlah RM61.48 juta.

Mereka mengaku tidak bersalah dan hakim membenarkan Awang Mohd Tahir, Fauziah dan Lim masing-masing diikat jamin RM10 juta, RM2 juta dan RM1 juta dengan 2 penjamin tempatan sementara menunggu perbicaraan.

Pada Rabu…bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah Teo Chee Kong pula didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas 146 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM32 juta.

Chee Kong, 52, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong.

Tertuduh didakwa melakukan pengubahan wang haram melalui penerimaan wang rasuah yang melibatkan projek di Jabatan Air Negeri Sabah sejak 2010 hingga 2016.

Menurut kertas pendakwaan, 78 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 iaitu kesalahan memiliki 70 bidang tanah hasil aktiviti haram melalui 78 transaksi bernilai RM12,705,203.

Sejumlah 68 pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATPUAA) 2001 iaitu enam kesalahan memiliki wang tunai hasil aktiviti haram berjumlah RM7,930,810 dan 62 kesalahan memiliki wang dalam akaun bank hasil aktiviti haram di lapan institusi kewangan berjumlah RM12,287,240.

Pendakwaan dilakukan timbalan pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Mohd Hafiz Hashim manakala tertuduh diwakili peguam Roland Cheng dan Hamid Ismail.

Terdahulu, semasa berhujah, Tengku Amir meminta mahkamah menetapkan nilai jaminan RM10 juta sebagai syarat pembebasan tertuduh, bagaimanapun perkara tersebut dibantah oleh pihak pembelaan.

Nixon kemudiannya memerintahkan tertuduh diikat jamin RM1.5 juta dengan dua penjamin tempatan manakala pasportnya diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan tarikh pengurusan kes pada 16 Jan tahun depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana