Kadar kemiskinan Malaysia paling rendah di Asia Tenggara - Salleh

CIA World Factbook 2017 melaporkan kadar kemiskinan di Malaysia adalah yang paling rendah berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata nilai kemiskinan negara berada hanya pada 3.8 peratus berbanding Vietnam dan Indonesia (11.3 peratus), Thailand (12.6 peratus) , Laos (22 peratus), Filipina (25.2 peratus) dan Myanmar (32.7 peratus).

"Jika dibandingkan dengan negara yang mempunyai nilai kemiskinan paling tinggi, Syria (82.5 peratus), Madagascar (75.3 peratus), Zimbabwe (72.3 peratus), maka saya rasa bersyukur dengan kejayaan negara kita menjaga kesejahteraan hidup rakyat," katanya dalam entri terbaru beliau di blognya sskeruak.blogspot.my., hari ini.

Salleh berkata menurut laporan itu juga, Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita Malaysia adalah sebanyak ($27,200), jauh lebih baik dari negara serantau yang lain seperti Thailand ($16,800), Indonesia ($11,700), Filipina ($7,700), Vietnam ($6,400), Myanmar ($6,000), dan Laos ($5,700).

Beliau menegaskan pencapaian Malaysia itu berbeza daripada persepsi sesetengah pihak yang menganggap negara tertinggal di belakang kerana data yang ada menunjukkan Malaysia telah mencapai tahap pertumbuhan ekonomi yang cukup baik berbanding negara-negara jiran.

"Samuel P. Huntington dalam bukunya 'Political Order in Changing Societies' menyatakan satu cara untuk menilai pembangunan politik sesebuah negara ialah dengan melihat kepada pertumbuhan ekonominya.

"Indeks pengukuran yang beliau gunakan ialah pendapatan per kapita dan kadar kemiskinan," katanya.

Menurut Salleh, dengan usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, beliau yakin tahun 2018 bakal menjanjikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana