Jangan percaya mesej mengenai tarikh PRU14... - SPR

Senang cakap kalau rasa gatal dan miang nak buat spekulasi mengenai tarikh pilihanraya umum ke 14 pandai-pandailah main teka antara sekarang hingga bulan Ogos 2018.

Tempoh mandat kerajaan BN dari PRU13 akan tamat pada Jun namun masih ada tempoh 60 hari hingga Ogos bila mana PRU14 wjid diadakan.

Dengar cerita tiba-tiba ramai yang bercakap mengenai tarikh PRU14.

Ini gara-gara penyebaran mesej di media sosial kononnya parlimen akan dibubarkan pada 11 Januari untuk PRU14.

Penamaan calon pula akan diadakan ada 11 februari ini  dan hari mengundi pada 25 Mac.

Rasanya puak yang sebar mesej ini tidak tahu mengenai peraturan pilihanraya

Kalau ikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan pilihanraya wajib diadakan dalam tempoh 60 hari selepas parlimen dibubarkan.

Sebaliknya kalau kira dari hari parlimen dikatakan akan dibubarkan 11 Januari hingga haru mengundi 25 Mac sudah lebih dai 60 hari.

Hal in yang terangkan  oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah menerusi satu kenyataan Khamis meminta orangramai agar tidak percaya ada penyebaran mesej itu.

“Ini kerana tarikh pembubaran dan pengundian yang dinyatakan adalah melebihi 60 hari sepertimana yang dinyatakan di bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara itu menetapkan bahawa apabila Parlimen dibubarkan suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia dibubar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai tarikh-tarikh yang ditularkan itu kerana pembubaran tersebut berada di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana