Jangan pandang mudah hasrat Kit Siang nak jadi PM

Orang Melayu tidak boleh memandang ringan keinginan pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri jika pakatan parti itu bersama PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara, menang pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata beliau percaya pelbagai taktik atau muslihat akan digunakan bagi meraih undi pemilih Melayu.

Merujuk ucapan Datuk Seri Najib Razak mengenai khabar Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri seperti dinyatakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Jawi, Tan Beng Huat, Mohd Sharkar berkata, Kit Siang mampu buat apa saja untuk mencapai cita-citanya.

"Ia sesuatu yang berbahaya apabila beliau (Kit Siang) menggunakan strategi, guna orang Melayu untuk menghancurkan kuasa politik. Jadi ia tidak seharusnya dibiarkan berlaku.

"Seperti diperkatakan bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yau, parti itu hanya memperalatkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, 9 September lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, beliau mendengar Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.

Presiden UMNO itu memetik kenyataan Beng Huat, yang turut mengakui sikap Kit Siang dan anaknya, Guan Eng sebagai punca beliau meninggalkan parti yang disertainya lebih 10 tahun lalu.

Beng Huat yang berkhidmat sebagai ADUN selama satu penggal mulai 2008 dilaporkan berkata, beliau melihat Kit Siang cuba membina 'dinasti keluarga' dalam parti itu sehingga timbul pelbagai isu dan masalah.

Bekas ADUN DAP itu juga mendakwa, terdapat 'cakap-cakap' dalam DAP bahawa Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri, walaupun Ahli Parlimen Gelang Patah itu menafikan berniat demikian.

Sharkar berkata, Dr Mahathir bukan Ahli Parlimen tetapi berangan-angan hendak kembali menjadi Perdana Menteri atas hasutan Kit Siang.

"Kita juga ingin tahu, kawasan Parlimen mana Dr Mahathir akan bertanding pada PRU-14 nanti. Beliau perlu jawab persoalan ini jika beliau sebenarnya adalah penasihat kepada pakatan pembangkang.

"Jika Dr Mahathir tak jawab, maka sah bahawa Kit Siang adalah de facto pemimpin utama pakatan pembangkang dan calon Perdana Menteri," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana