Jamal sesuai bertanding di Bukit Antarabangsa

SHAH ALAM - Umno boleh meletakkan Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai calon untuk PRU14 dan bertanding di Bukit Antarabangsa.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berpandangan, Jamal mempunyai kekuatannya tersendiri.

“Gayanya yang mungkin dianggap ‘gila-gila’ tetapi personaliti beginilah yang diperlukan.

“Jamal yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, tetapi berhasrat bertanding di N19 Bukit Antarabangsa Bahagian Ampang, Selangor kerana ingin menentang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Ini adalah contoh calon luar yang mungkin diperlukan oleh Ampang,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata, Jamal boleh diberikan peluang dan ia mungkin ada kelainan kepada parti itu.

“Umno dan jentera parti jangan terlalu kolot dan tertutup.

“Ini era konvergen dan memerlukan gaya tindakan yang juga unik tapi boleh mendatangkan kesan pada BN dan juga mungkin boleh memberi kesan sampingan pada pihak lawan dari segi menunjukkan orang Umno ada yang kesungguhan mahu ‘mengajar’ pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu, Md Shukri berkata, sudah tiba masanya, Umno kini memerlukan calon ‘antibiotik’ untuk membina masa depan baharu.

“Ambillah calon yang boleh memperkuatkan Umno untuk menang dan tambah kerusi.

“Kalau calon sedia ada iaitu termasuk mereka yang pegang jawatan tinggi dalam parti di Bahagian sendiri tidak diminati orang ramai, maka wajib bagi presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan menteri besar setiap negeri ambil calon luar termasuk calon baru dari pelbagai lapisan bagi menyuntik ketahanan pada parti di peringkat Dun dan Parlimen,” katanya.

Sebagai ahli akademik, Md Shukri berkata, ramai Ketua Bahagian dan kumpulan ahli jawatankuasa Umno Bahagian yang ‘gila’ mahu menjadi ‘Yang Berhormat’.

“Tetapi jika diletakkan mereka ini, orang Umno di akar umbi sendiri pun sudah menolak untuk mengundi mereka, jadi presiden parti tidak boleh membuang dan bazirkan undi orang Umno dan orang awam hingga parti dikalahkan hanya kerana kasih sayang presiden terhadap segelintir individu.

“Ini soal calon, hanya kuasa presiden sahaja penentunya. Kriterianya ada pada hati nurani beliau. Salah letak calon pun tanggungjawab presiden kelak,” katanya.

Tambahnya, tugas Najib sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN ketika ini begitu berat.

“Harapnya, tidak ada Bahagian Umno menyusahkan Najib dalam soal calon ini, sokong dan bagi pandangan yang tepat dalam soal ini.

Terdahulu, Jamal menawarkan hasrat bertanding di kerusi Dun Bukit Antarabangsa yang ketika ini disandang Mohamed Azmin.

Jamal berkata, beliau lebih berminat bertanding di kerusi itu kerana lebih mencabar dan memerlukan kerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.

"Saya melihat tempat yang paling sesuai untuk saya bertanding adalah di (Dun) Bukit Antarabangsa yang sekarang ini disandang oleh Azmin Ali.

"Bagi saya untuk menandingi beliau di sana, bukanlah satu masalah kerana rakyat melihat siapakah Azmin ini yang hanya pandai bercakap semata-mata tetapi tidak sedikit pun membantu rakyat terutamanya di kawasan Dun beliau (Bukit Antarabangsa)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana