ISTANA BERI ISYARAT KURANG SENANG DENGAN PENTADBIRAN AZMIN

Pihak Istana dilihat kurang senang dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Azmin Ali apabila secara jelas memuji pentabiran bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, kenyataan Sultan Sharafuddin Idris Shah itu boleh disimpulkan pihak istana tidak suka cara berpolitik kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan, termasuk cara Khalid disingkirkan daripada jawatan menteri besar pada 2014.

“Khalid nampak lebih setia dan menjunjung sumpahnya semasa memegang lembing sang buana.

“Azmin lebih mirip berpegang kepada prinsip-prinsip Mahabharata dan John Locke, di mana semua orang adalah sama. Ini tidak sesuai dengan konsep raja berperlembagaan yang kita amalkan,” katanya dipetik media.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Sultan Selangor yang memuji kesetiaan Khalid dan terkejut dengan penyingkirannya tiga tahun lalu.

Sultan Sharafuddin turut menyifatkan penyingkiran Khalid sebagai episod paling mencabar dalam politik Selangor.

“Saya tidak percaya apa yang berlaku khasnya kepada Khalid. Beliau sangat setia dan tiba-tiba disingkirkan.

“Mungkin ada agenda tersembunyi, mungkin saya bukan ahli politik dan itu perkara yang saya tidak faham,” katanya kepada The Star sempena Hari Keputeraan ke-72.

Khalid menyertai UMNO sekitar 1990-an sebelum melompat ke PKR sekitar 2000.

Beliau dilantik sebagai menteri besar Selangor susulan kejayaan Pakatan Rakyat menawan negeri itu pada pilihan raya umum 2008.

Khalid bagaimanapun melepaskan jawatan menteri besar pada 26 Ogos 2014 susulan krisis dalaman parti reformasi itu, selepas dipecat daripada PKR kerana melanggar arahan parti untuk memberi laluan kepada Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerajui Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana