Guan Eng cabar Hadi saman NST

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar untuk menyaman New Straits Times (NST) jika terbukti surat khabar berbahasa Inggeris telah tersilap menyiarkan kenyataannya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata tindakan itu penting memandangkan kenyataan tersebut memberi kesan kepada mereka yang bukan beragama Islam dan berbangsa Melayu.

“Saya harap beliau akan saman NST jika apa yang dilaporkan itu tidak benar,” katanya.

Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kegagalan Hadi menyaman surat khabar berkenaan akan mewujudkan persepsi bahawa dirinya 'mengugut' golongan bukan Islam.

Pada 23 Disember lalu dalam kenyataan disiarkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily memtik Hadi sebagai berkata bahawa kabinet Malaysia patut terdiri daripada orang Melayu kerana kaum itu adalah kaum majoriti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana