Dr Mahathir: Saya tidak layak sandang darjah kebesaran Selangor...Ini Lah Tanda Ego Namanya

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusannya memulangkan pingat darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Istana Selangor dibuat kerana beliau dianggap tidak layak lagi untuk menyimpannya.

Bagaimanapun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu enggan mengulas sama ada akan mengambil tindakan serupa terhadap pingat kebesaran yang diberikan oleh Sultan Johor kerana beliau juga dikritik beberapa kali oleh baginda sebelum ini.

Dalam kes Selangor, Dr Mahathir berkata oleh kerana Sultan Sharafuddin Idris Shah mengganggap beliau berkemungkinan membakar negara dengan api kemarahannya, maka dengan sendirinya beliau tidak layak menyandang pingat-pingat di raja negeri itu.

"Saya fikir Sultan Selangor merasakan saya tak layak untuk terima anugerah berkenaan. Kalau saya nak terima mestilah sebab saya layak tapi sekarang saya dikatakan akan membakar seluruh negara. Jadi saya fikir saya sudah tidak layak lagi,”  kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan.

Dr Mahathir memulangkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama yang di terima pada 22 Jun 1978 dan Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) yang diterima sebulan sebelum melepaskan jawatan secara rasmi sebagai perdana menteri pada Okt 2003.

Isteri beliau, Dr Siti Hasmah pula memulangkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.

Hari ini pihak istana Selangor menyatakan Sultan Sharafuddin berkenan menerima pemulangan berkenaan tanpa sebarang halangan.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais berkata pewartaan pembatalan kurniaan darjah-darjah dan bintang-bintang kebesaran berkenaan akan dilakukan mengikut prosedur dan proses yang ditetapkan.

Dr Mahathir mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan keturunan Bugis kepada lanun dan penjenayah semasa ceramah politik di Petaling Jaya.

Tindakan itu dibidas oleh Istana Selangor yang melihat Dr Mahathir sebagai sengaja melakukan provokasi yang boleh memecah-belahkan rakyat.

Dalam wawancara dengan sebuah surat khabar, Sultan Sharafuddin berkata, Dr Mahathir berkemungkinan menimbulkan huru-hara dengan kemarahannya.

"Beliau dalam keadaan marah dan akan membakar seluruh negara dengan api kemarahannya," kata baginda.

Teguran oleh Sultan Selangor itu disusuli dengan penyokong kuat Dr Mahathir, Datuk Zaid Ibrahim menegur pihak Istana supaya “menjaga mulut” dalam mengulas isu itu.

Dr Mahathir dan isteri kemudian mengambil tindakan memulangkan darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan Selangor.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digesa mengambil tindakan sesuai terhadap Dr Mahathir dan Zaid namun sehingga ini dilihat masih berlembut dalam isu itu. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana