DAP Tidak Akan Boleh Lihat Orang Melayu Bersatu

Parti DAP kini sedang bersungguh-sungguh menyerang PAS yang dulu merupakan parti sekutu mereka kerana tidak sanggup melihat orang Melayu semua bersatu padu antara dua parti terbesar iaitu UMNO dan PAS kerana ia akan menggagalkan rancangan mereka untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa mencadangkan anggota dalam Kabinet akan dikhaskan untuk orang Melayu Islam sahaja.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mas jawab tuduhan DAP dan mendakwa parti itu memutarbelit kenyataan sebenar Abdul Hadi yang sebenarnya tidak bermaksud begitu.

“Tiada satu ayat pun di dalam kenyataan Presiden PAS yang mahu kabinet Melayu sahaja atau ‘all-Malay cabinet’. Olahan tajuk sensasi ini jauh daripada maksud sebenar ulasan Presiden PAS,” katanya.

Menurutnya, apa yang dimaksudkan Hadi ialah Melayu-Islam perlu memimpin di dalam konteks politik Malaysia, sementara bukan Islam diterima untuk memerintah bersama di dalam bidang-bidang kepakaran dan pengurusan.

“Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh. Tetapi pada masa sama, Islam memberi hak yang lebih banyak kepada penganut bukan Islam dalam aspek politik, ekonomi dan lain-lain urusan kehidupan,” katanya menerusi kenyataan.

DAP sedar peluangnya untuk menghasut orang ramai khususnya ahli yang agak liberal dalam PAS untuk sama membenci Abdul Hadi seterusnya menjatuhkannya dan mungkin memilih seorang Presiden untuk parti Islam itu mengikut telunjuk DAP.

Bagi DAP dulu, Abdul Hadi dituduh macam-macam termasuk penyebab Pakatan Rakyat (PR) dibubarkan. Padahal, dalam rekod, DAP sebenarnya yang membubarkan pakatan berkenaan selepas ada konflik dengan PAS. Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada Abdul Hadi pada ketika itu.

Beliau kekal mengetuai PAS dan kemudian banyak bersama dengan UMNO dalam hal-hal besar berkaitan agama Islam. Dalam isu Rohingya, pada Disember tahun lepas, Abdul Hadi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama di atas satu pentas membela nasib etnik Rohingya yang ditindas di Myanmar.

Kemudian, Jumaat lepas PAS dan BN sekali lagi di atas satu pentas bersama menentang keputusan Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf Jerusalem atau Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan pejabat kedutaan AS dari Tel Aviv ke Jerusalem.

Perkara-perkara ini DAP tidak senang untuk melihatnya, dulu Melayu bersatu Malayan Union gagal dilaksanakan oleh British. Jika orang Melayu boleh bersatu dengan kuat, DAP dan Pakatan Harapan (PH) yang didalangi Mahathir akan gagal dari berjaya membentuk kerajaan hasil dari perpecahan kaum di Malaysia.

Oleh sebab itu, sekarang DAP melalui para pemimpinnya, sekali lagi menyerang Abdul Hadi habis-habisan supaya ahli PAS membencinya atau supaya Abdul Hadi meletakkan jawatannya. Abdul Hadi adalah antara penyebab UMNO dan PAS kini semakin kuat dan bersatu dalam isu-isu sejagat rakyat dan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana