Anwar bukan tahanan politik...

Tidak pernah ada tahanan politik di Malaysia, itulah ungkapan tegas daripada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Menurutnya, meskipun Malaysia pernah mengamalkan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sebelum ini, kerajaan tidak pernah memenjarakan tahanan politik.

“Di malaysia tidak pernah ada tahanan politik walaupun semasa ada ISA. Kalau betul-betul ada tahanan politik, mereka yang ditangkap di bawah ISA tidak boleh dilantik menjadi menteri, ketua pembangkang, tak boleh.

“Kita walaupun ada ISA, ada menteri yang pernah kena tangkap, tapi lepas itu mereka boleh masuk politik dan mereka boleh menang pilihanraya dan boleh jadi menteri dan macam-macam lagi.

“Jadi bagi saya di Malaysia ini kita tidak ada tahanan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas, di Petaling Jaya, Khamis.

Mengulas lanjut, Musa menegaskan, ketika perlaksanaan ISA dahulu, mereka yang ditahan dibawah akta itu masih boleh merayu di mahkamah untuk mencabar kesahihan hukuman tersebut.

Reaksi Musa itu adalah susulan kenyataan bersama Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley, yang mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara.

Mahathir dan Motley mendesak Anwar dibebaskan daripada penjara kerana menyifatkan hukuman yang dikenakan kepada bekas ketua pembangkang itu adalah bermotifkan politik.

Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Keputusan itu dilakukan oleh Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana